8 Tips Ini Akan Jadikan Anda Sebagai Backpacker Kental Yang Mengembara Sambil Bekerja
Agak-agak seronok ke tak?
Mengembara sambil bekerja mungkin masih lagi sesuatu yang baru buat masyarakat kita. Dan kami percaya tidak semua orang tahu akan perkara ini.
Bagaimana? Boleh ke? Memang ada ke orang buat? Mungkin itu antara persoalan yang sedang bermain di fikiran anda ketika membaca artikel ini.
Jadi, mari kami kongsikan kepada anda akan pengalaman saudara yang bernama Khairul Jamain ini tentang bagaimana beliau mengembara sambil bekerja
Ramai yang tanya macam mana nak bekerja di luar negara.
Selalu kita dengar di malaysia kerja sambil belajar dan belajar sambil bekerja dan jarang sekali kita mendengar mengembara sambil bekerja. Kebanyakkannya yang mengembara sambil bekerja ini adalah backpacker-backpacker yang berhenti kerja dan keluar dari kepompong keselesaan untuk menjelajah dunia.
Backpackers yang mengembara dalam jangka masa yang panjang pasti akan kehabisan duit juga tetapi sebagai pengembara kehabisan duit tidak mematahkan semangat mereka. Aku kenal beberapa backpacker malaysia yang mengembara sambil bekerja untuk meneruskan pengembaraan mereka.
Ini adalah 8 tips untuk sesiapa yang ingin menjadi backpacker sebab bukan semua yang kita lalui itu indah tetapi semua yang kita lalui itu adalah pengalaman dan pengajaran bagi kita untuk meneruskan hidup.
1. Kuatkan mental
Mental bagi aku adalah no 1, badan kau besar mana pun, kau pergi gym ke, ada sixpack ke kalau mental kau tak kuat aku tak galakkan kau mengembara cara backpacker sebab setiap negara budaya kerja mereka berbeza kalau baru setakat kerja di malaysia merungut aku sarankan tak payah lah kerja keluar negara sebab bila kau bekerja di luar negara kau akan lihat corak kerja yang berbeza.
facebook.com2. Fizikal
Fizikal adalah no 2, kalau setakat bawa beg besar jalan 1km dah merungut tak payah lah. Aku pernah pernah berjalan 7km usung backpack aku yang juga menjadi rumah aku ketika mengembara.
facebook.com3. Mentaliti
Kalau kau datang mentaliti untuk melancong dan bukan untuk belajar pun susah jugak sebab bila kau kehabisan duit dan bekerja perspektif kau akan berbeza terhadap sesebuah negara kerana kau sendiri termasuk atau mendalami budaya kerja mereka.
facebook.com4. Pergaulan
Kau kenalah ramah dengan semua orang dan jangan la cakap besar macam negara kau saja bagus dan sebagainya sebab kau datang untuk buat kawan dan belajar bukan untuk bermegah-megah . Macam orang tua-tua cakap "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaumm"
facebook.com5. Sikap
Bila kau mengembara perangai kau yang kat malaysia tinggal di malaysia jangan bawa. Kerena setiap negara budaya dan cara itu berbeza. Kau yang kena terima budaya mereka bukan mereka kena terima budaya kau. Sikap "Bodoh Sombong" itu buang jauh-jauh, jadi macam budak baru belajar. Sebenarnya banyak yang kita boleh belajar.
facebook.com6. Muka tak malu
Jadi lah seorang yang berani dan muka tak malu untuk bertanya dan bergaul, sebab lagi ramai kawan lagi senang kau nak kerja dan kau juga boleh buat style "door to door" apa kau ingat marketing je ada style door to door? Backpackers pun ada okay. Ketuk pintu ke pintu untuk bertanya ada kerja kosong.
facebook.com7. Pandangan terhadap sesebuah negara
Bila kau datang sesebuah negara sebagai backpacker pandangan kau jangan menyangka semuanya indah. Kerana cabaran itu lagi banyak berbanding apa yang kau bayangkan.
facebook.com8. Duit
Duit bukan segala-galanya tetapi semua memerlukan duit, bila kau mengembara kau akan jadi seorang yang realistik dan bukan seorang yang materialistik. Tapi untuk bergerak kau memerlukan duit jadi aku sarankan sentiasa ada simpanan sedikit dan pandai uruskan kewangan diri.
Sebenarnya ada banyak tapi ini apa yang terlintas dan yang pernah aku lalui sepanjang pengembaraan aku. Nasihat aku bila kau mengembara jangan sesekali busukkan nama negara kita sendiri.
Keluarlah mengembara melihat dan menimba ilmu yang bukan semua orang merasanya.
Majulah Backpackers Demi Negara
Wawasan 2020
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!