9 Cara Saya Cari Duit Untuk 'Travel' Ketika Masih Belajar Di Universiti
Jauh perjalanan luas pemandangan.
Artikel ini telah ditulis oleh Izzat Zaid melalui blog peribadi izzatzaid.blogspot.my dan diterbit semula oleh SAYS atas keizinan. Izzat juga merupakan salah seorang ahli aktif kumpulan sahabat TSG #KasiJadi.
Hobi traveling saya bermula sejak saya tahun 1 di universiti. Memang seronok belajar di universiti antarabangsa sebab dapat ramai kawan dari luar negara. First time saya travel ke Singapura gara-gara sering dijemput kawan saya yang berasal dari Singapura untuk ke rumah dia. Apa lagi, dah alang-alang ada yang menjemput, terus saya merancang untuk buat trip ke sana. Saya ajak beberapa rakan untuk turut sama mengembara dan Alhamdulillah ada dua orang yang sudi. Habis dari trip ni, terus saya jumpa passion saya untuk mengembara lebih banyak dan lebih jauh. Minat traveling saya makin menjadi-jadi.
Sebagai seorang pelajar, duit memang satu cabaran. Nak travel ni sekurang-kurangnya makan duit beratus-ratus Ringgit walaupun backpacking style. Memandangkan saya masih belajar dan masih mempunyai tenaga, waktu inilah waktu yang paling ideal untuk keluar mengembara. Tenaga masih kuat dan masa pun banyak (cuti semester), jadi tinggal duit je kena cari. Alhamdulillah, walaupun datang dari keluarga sederhana, dari kecil memang saya dilatih untuk berdikari, jadi nak share sikit beberapa cara yang saya gunakan untuk mencari duit travel semasa saya belajar.
1. Jual kerepek
Cara ini saya memborong kerepek, mempaketkan kepada paket-paket kecil dan menjualnya dengan harga RM1. Saya cuma letakkan satu kotak di Musolla atau tangga asrama beserta tabung kecil, dan kalau orang nak membeli mereka boleh ambil dan bayar. Simple sangat. Selang dua hari, topup lah balik keropok yang dah dijual, dan kosongkan tabung :D
Risiko: Orang ambil kerepek dan tak bayar. Jadi kena pandai letak di tempat yang orang-orangnya jujur.
Hasil: RM20-RM50 sebulan.
2. Printing service
Pada awalnya idea datang bila nak beli printer tapi kena guna duit sendiri. Jadi terfikir macam mana nak dapatkan balik duit yang dah dibelanjakan tu. RM300 juga beli printer. Akhirnya buat keputusan untuk buat servis printing di bilik asrama secara kecil-kecilan. Ramai je pelajar lain datang sebab kedai fotokopi memang tak buka pada waktu malam, dan harga yang saya tawarkan sangat berpatutan untuk pelajar, tambahan pula dekat sebab di bilik hostel.
Risiko: Virus masuk laptop. Jadi sebelum mereka datang dan cucuk pendrive tu, saya tanya dulu ada virus ke tak. Selalunya saya minta customer emel sahaja kepada saya dokumen yang nak dicetak. Alhamdulillah setakat ni 3 tahun dah buat servis belum pernah kena virus.
Hasil: RM20-RM50 sebulan.
3. Part time #1: Petrosains
Petrosains ni saya dah kerja sejak habis matrikulasi. Yang seronok ialah waktu kerja di situ flexible, jadi boleh kerja hari apa yang kita suka. Awal-awal dulu kerja 2-3 bulan semasa cuti sebelum masuk degree. Bila dah masuk degree saya cuma kerja sabtu dan ahad atau ketika cuti semester. Sehari kerja dibayar RM40.
Risiko: Rasa nak kerja hari-hari dan tak nak pergi kelas, sebab environment kerja Petrosains ni best sangat!
Hasil: Bergantung pada kerajinan saya. RM100-RM300 sebulan.
4. Part time #2: Syarikat konsultan
Kerja di sini bermusim. Bila ada keperluan baru dipanggil. Kebanyakannya kerja logistik, penat sikit angkat-angkat barang. Tapi banyak ilmu belajar sambil bekerja. Kalau syarikat lain bayar mahal-mahal untuk belajar "Presentation Skill Course", saya dapat belajar percuma. Siap dibayar lagi. Wuhuu!
Risiko: Tak cukup tidur.
Hasil: RM100-RM200 per event.
5. Jadi fasilitator
Saya berpengalaman menjadi fasilitator untuk kem-kem yang dianjurkan oleh UIA. Pelantikan secara rasmi. Siap kena pergi interview nak jadi fasi. Setiap semester akan ada 2-3 kem yang dianjurkan. Sambil kerja sambil dapat ikut travel ke resort, pantai. Makan minum dan tempat tinggal semua ditaja. Wuhuu lagi!
Risiko: Tiada.
Hasil: RM50 setiap kem.
6. Jual kuih raya
Bila tiba bulan Ramadan biasanya tengah cuti semester. Jadi saya duduk di rumah buat kuih raya. Ye lah, daripada tak buat apa kan. Jual kuih pun kepada kawan-kawan dan jiran-jiran. Alhamdulillah ada lah sedikit hasil.
Risiko: Tiada.
Hasil: RM200-RM300.
7. Jual nota sendiri
Di UIA, saya banyak buat peta minda untuk subjek-subjek yang saya belajar. Dan Alhamdulillah dapat ilham untuk berkongsi peta minda ni dengan junior-junior yang lain. Memandangkan saya ada printer sendiri, jadi saya buat copy sendiri dan menjual setiap copy kepada sesiapa yang nak beli. Alhamdulillah dah masuk 6 semester saya buat jualan ni, dan hasilnya sangat positif, untuk pelajar-pelajar lain, dan untuk bisnes printing saya juga.
Risiko: Orang lain fotokopi tanpa izin. Allahualam.
Hasil: RM100-RM500 sebulan.
8. Wakil universiti
Saya main sukan sebab memang minat dan salah satu cara saya dapat sihat tubuh badan. Kepuasan bermain tu best. Disamping tu ada juga benda lain yang best seperti dapat baju free, dapat makan free, dapat jalan-jalan dan dapat elaun lagi. Yeah!
Risiko: Kecederaan semasa bermain (pernah masuk hospital dan 3 bulan nak pulih)
Hasil: RM60-RM80 per tournament.
9. Jual baju (MY Travel Shirt)
Ni paling latest. Memandangkan dah ada sedikit pengalaman travel luar negara di mana saya rasa nak menangis sebab orang lokal tak bercakap Bahasa Inggeris, jadi dapat idea untuk buat travel t-shirt. Dapat idea ni dari internet juga tapi ubah sikit bagi memudahkan saya sebagai Muslim traveler untuk ke mana-mana. Makanan halal dan masjid untuk solat itu harus ada. Jadi tadaaa! T-shirt yang saya hasilkan ini ada kedua-dua icon tersebut. Alhamdulillah family dan kawan-kawan semua support dengan membeli dari saya dan hopefully dapat memudahkan ramai lagi traveler kat luar sana untuk travel tanpa risaukan cabaran berbahasa asing.
Hasil: RM50-RM200 sebulan.
Apapun, banyak sebenarnya cara untuk cari duit sewaktu kita belajar. Ada kawan yang boleh buat sampai beribu-ribu dengan servis sewa kereta, jual tudung, part-time catering, jaga butik dan banyak lagi.
Satu lagi, memang nampak banyak duit ada, tapi keperluan seharian memerlukan duit juga, ada juga saya gunakan untuk belanja makan. Dalam masa yang sama kena pandai berjimat. Sewaktu di universiti, memang jarang saya keluar lepak di shopping mall, tengok wayang, makan di kafe hipster dan shopping. Dan bila jadi fasi, jadi volunteer, jadi wakil universiti ni kebanyakan waktu tak perlu keluar pun duit untuk makan.
Dan kelebihan yang ada pada simpanan ni, bila syarikat penerbangan buat promosi return ticket murah gila, duit dah ada dalam tangan untuk terus beli, justeru menjadikan travel kita murah dan jimat. Jadi selalunya saya plan awal-awal bila cuti semester dan beli tiket bila ada yang murah. Ada kawan atau tiada kawan nak ikut fikir nanti. Nanti boleh ajak. Kalau tiada, travel solo pun apa salahnya kan? Lagi adventure! :)
Alhamdulillah selama 4 tahun belajar di UIA dan setelah berjaya menyimpan duit, saya berjaya travel di dalam dan di luar negara sebanyak 18 kali, dan berjaya mencapai lifetime travel wish iaitu ke Scotland! Antara tempat yang pernah saya kunjungi:
Harapnya post ini dapat memberi sedikit sebanyak idea untuk kawan-kawan diluar sana yang masih belajar dan ingin mencari pengalaman mengembara atas bumi Allah yang luas ni. :)
Apapun segala rezeki datang dari Allah, kita berikhtiar dan akhirnya bertawakal kepada Dia. Tetapkan niat yang baik setiap kali nak travel dan insyaAllah banyak berdoa biar Allah permudahkan.
Sekian, Wassalam.
Follow kami di Instagram @tsgkasijadi untuk lebih banyak adventure dan gambar-gambar yang WOW!
TSG #KasiJadi adalah sekumpulan sahabat yang tak henti-henti berkeliaran. Mana kami mahu pergi, kami kasi jadi!