seismik

9 Lagu Baru Yang Wajib Ada Dalam 'Playlist' Majlis Perkahwinan Anda

Lagu-lagu yang sesuai dijadikan halwa telinga di majlis anda

Cover image via

Playlist di hari majlis perkahwinan merupakan sesuatu yang penting kerana ia menyajikan tetamu kita dengan halwa telinga yang menenangkan selain memberi pengalaman yang indah

Muzik iringan yang dimainkan juga berfungsi sebagai salah satu cara untuk menyebarkan kebahagiaan di hari yang bermakna buat anda kepada tetamu yang hadir. Ada juga majlis perkahwinan yang memainkan lagu-lagu dengan terlalu bingit dan memberi tanggapan yang kurang enak buat tetamu.

Berikut merupakan antara lagu yang cukup sweet dan sesuai untuk meraikan majlis perkahwinan:

1. Sampai ke Hari Tua - Aizat Amdan

Lagu yang chill, sesuai dengan majlis dan sangat cantik liriknya. Lagu ini mengisahkan cinta yang tidak akan habis sehingga ke hari tua walaupun usia meningkat. 

Dengarkan lagu penuh di sini.

2. Aku Cinta - Syamel dan Ernie Zakri

Melodi sangat menarik lirik pun memang menyentuh sangat. “Bila berdua bahagia rasa, Dirimu hanya milikku selamanya”

Dengarkan lagu penuh di sini.


3. Sesungguhnya Aku - Alif Satar

“Kerna sesungguhnya, ku sedari kau lengakapi diriku”. Sangat syahdu bait lirikinya. Petikan gitar akustik yang halus dan lembut memang sangat mengasyikkan. 

Dengarkan lagu penuh di sini.

4. Terasa Ada - Sufian Suhaimi

Lagu yang bersahaja tapi kita dapat rasa vibe yang sangat indah. Cara liriknya disampaikan juga sangat menenangkan. 

Dengarkan lagu penuh di sini.

5. Sentiasa Merinding - Najwa Mahiaddin dan Imran Ajmain

Melodi yang sedikit alternatif, tetapi boleh membuai kita dengan alunan cintanya. Vokal yang mantap oleh kedua-dua penyanyi ini menambahkan lagi kualiti lagu ini.

Dengarkan lagu penuh di sini.

6. Aku Selalu Setia - Wani

“Tanpa kau sedar selama ini engkau yang ku cari cinta terindah”. Wahh memang sangat manis. Lagu ini dapat memberikan kita rasa teruja dalam percintaan, ditambah pula dengan vokal artis muda ini yang begitu indah. 

Dengarkan lagu penuh di sini.

7. Sulit - Aman Aziz

Lagu ini memang syahdu sangat, walaupun melodinya sedikit upbeat tetapi liriknya sangat menusuk kalbu. 

Dengarkan lagu penuh di sini.

8. Jangan - Aziz Harun

Lagu ini berkisahkan tentang hubungan jarak jauh tetapi jarak itu membuatkan cinta itu lebih utuh. Tak dapat dinafikan lagu ini memang sangat sweet malah lagu ini juga berlatarbelakangkan melodi yang sangat tenang. 

Dengarkan lagu penuh di sini.

9. Kuasa Cinta - Ezad Lazim

Dalam lagu ini kita boleh dengar kejujuran dan keikhlasan sesebuah cinta. Lagu ini juga memberikan aura muzik 90-an. Vokal Ezad Lazim memang tak dapat disangkal lagi kehebatannya.

Dengarkan lagu penuh di sini.

Mana satu menjadi pilihan untuk hari bahagia anda? Mesti anda nak yang terbaik untuk majlis anda kan?

Image via Pixabay/SAYS

Artikel ini merupakan sebahagian daripada rantaian #saysplaylist, dimana kami mengetengahkan bakat-bakat dan lagu-lagu baru industri muzik tanahair. Jika anda ada sebarang cadangan atau idea untuk siapa yang kami boleh feature selepas iniisikan pada ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: