9 Perkara Yang Anda Wajib Ketahui Tentang Aneurisme
Aneurisme merupakan satu penyakit yang sangat serius dan ia boleh membawa maut.
Cover image via imgur.comBaru-baru ini, kita digemparkan dengan satu berita kematian Aminah Ahmed, seorang pelajar Malaysia di University of Texas. Difahamkan, Aminah meninggal disebabkan oleh penyakit Aneurisme yang menyerang otaknya secara tiba-tiba.
Image via viralcinta.com
Berita sedih itu dikongsikan oleh seorang pensyarah universiti tersebut di Facebooknya. Malangnya, Aminah meninggal dunia pada Rabu lalu.
Image via viralcinta.com
Selepas kematian Aminah, tersebarnya satu whatsapp mengatakan bahawa kekurangan tidur boleh menyebabkan aneurisme
Image via viralcinta.com
Jadi, adakah kita benar-benar faham apa itu aneurisme?
1. Apa itu aneurisme?
Aneurisme berlaku apabila saluran darah atau arteri yang mengepam darah mengembung atau membengkak. Ia disebabkan oleh saluran darah yang lemah.
Image via MD Guidelines
2. Aneurisme berlaku di bahagian mana?
Ia boleh berlaku di mana-mana bahagian badan. Kebanyakan kes berlaku pada dinding aorta atau arteri yang paling besar dimana ia berfungsi menyalurkan darah ke jantung.
Image via UC Hospitals
3. Ada berapa jenis aneurisme?
Terdapat dua jenis aneurisme iaitu:
1. ***Aortic aneurysm*** iaitu di bahagian perut atau bahagian atas tulang belakang.
2. ***Cerebral aneurysm*** iaitu di bahagian otak.
4. Siapa boleh menghidapi aneurisme?
Aneurisme tidak mengira umur atau jantina. Walau bagaimanapun, kebanyakkan kes berlaku kepada lelaki dan mereka yang berumur 65 tahun ke atas
5. Apakah penyebab aneurisme?
1) Saluran darah yang lemah.
2) Kolestrol tinggi.
3) Darah tinggi.
4) Radang di saluran darah.
5) Menopause.
6) Rokok atau tembakau.
7) Genetik.
8) Kecederaan fizial.
9) Trauma.
Image via Genius.com
6. Apakah tanda-tanda aneurisme?
Ia bergantung kepada sebesar mana, sepantas mana dan bahagian mana saluran darah membengkak
Sekiranya ia kecil, kemungkinan [aneurisme](http://www.medicalnewstoday.com/articles/156993.php#what_are_the_symptoms) **tidak dapat dikesan** dan jika ianya besar, antara tanda yang ketara adalah **bahagian muka menjadi kebas** dan pesakit mempunyai **masalah penglihatan**.
Tanda-tanda pesakit menghadapi Aortic aneurisme:
1) Denyutan pantas di bahagian perut.
2) Sakit belakang yang kerap berlaku.
3) Sakit di bahagian perut yang melarat ke bahagian tulang belakang.
4) Batuk-batuk.
5) Sesak nafas.
6) Masalah penghadaman.
Pesakit yang mengalami Cerebral aneurisme mungkin mengalami:
1) Sakit kepala yang kerap.
2) Rasa loya dan muntah-muntah.
3) Masalah penglihatan.
4) Sawan.
5) Pesakit berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri.
6) Mengalami tahap pertimbangan yang rendah.
7) Penglihatan silau.
Image via WordPress
7. Apakah prosedure untuk memeriksa aneurisme?
1) Ultrasound.
2) CT Scan.
3) MRI Scan.
Image via meddean.luc.edu
8. Apakah rawatan bagi aneurisme?
Cerebral aneurisme:
Rawatan bagi **cerebral aneurisme** mempunyai **dua cara** iaitu:
1) Pembedahan ikatan (*surgical clipping*): pembuangan bahagian aneurisme dengan penggunaan satu klip logam kecil untuk menghalang aliran darah.
2) Pembedahan lilitan (*endovascular coiling*): wayar digunakan untuk menghalang aliran darah dengan menjadikannya beku untuk menghentikan pendarahan.
Image via India Hospital Tour
Aortic aneurysm:
Ada **tiga** jenis rawatan bagi **aortic aneurisme** iaitu:
1) Sekiranya tempat yang terjejas adalah lebih kecil daripada diameter 4cm, risiko pembedahan adalah sangat tinggi. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan mengambil langkat ***watch and wait*** ataupun "lihat dan tunggu*". Walau bagaimanapun, pesakit akan disyorkan membuat scan *ultrasound* setiap 6 hingga 12 bulan.
2) Jika saiz tempat terjejas adalah lebih daripada diameter 4cm dan kurang daripada 5.5cm, doktor akan memberi pilihan kepada pesakit sama ada mahu **menjalani pembedahan** ataupun tidak.
3) Dan jika saiz tempat terjejas adalah lebih daripada 5.5cm, pesakit perlu menjalani pembedahan kerana ia akan membesar setiap 6 bulan.
Image via surgery.med.miami.edu
Ubat yang disyorkan untuk diambil bagi pesakit adalah:
1) Ubat tahan sakit.
2) Kalsium.
3) Dan ubat-ubatan lain bagi kes pesakit yang berbeza.
Image via Discover Magazine
9. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan Aneurisme?
Langkah-langkah yang perlu diambil adalah:
1) Bagi mereka yang merokok, anda perlu **berhenti merokok** atau mengambil apa-apa bahan tembakau.
2) Jauhi apa-apa yang boleh menyebabkan **tekanan darah** menjadi tinggi.
3) Kurangkan pengambilan makanan yang boleh meningkatkan **tahap kolestrol**.
4) Amalkan **pemakanan yang sihat**.
5) Dapatkan berat badan yang ideal.
6) Dapatkan **tidur yang mencukupi** iaitu sekurang-kurangnya 7 jam sehari.
7) Kekal aktif dengan melakukan aktiviti fizikal.
Image via We Heart It
