Abang Syed Saddiq, Syed Abdullah Umum Masuk UMNO Hari Ini
Agak-agak apalah reaksi Syed Saddiq kan?
Abang kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah hari ini mengumumkan kemasukannya ke dalam parti UMNO
Perkara itu telah disahkan sendiri di laman Instagram miliknya beberapa minit lalu.
Menerusi satu posting yang dibuat oleh Syed Abdullah, dia berkata, politik adalah pilihan peribadi dan ia tidak sepatutnya dipengaruhi oleh keluarga mahupun media.
Telah menetap di luar negara buat sekian lama, dia berkata selepas pulang ke tanah air dia sudah menyaksikan banyak perubahan di dalam negara ini sehingga membuatkan dirinya untuk memihak kepada parti yang dia percaya iaitu UMNO.
Umum mungkin sudah mengetahui bahawa Syed Saddiq yang merupakan salah seorang tunjang utama dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah penentang parti UMNO
Syed Saddiq pernah menyatakan bahawa beliau tidak akan bekerjasama dengan UMNO yang di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Hal ini ekoran isu rasuah, salah guna kuasa dan kes rasuah yang berjalan di mahkamah membabitkan pimpinan tertinggi UMNO.