seismik

[TERKINI] PPBM Sah Keluar Pakatan Harapan

Perkara itu dimaklumkan sendiri Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin di laman media sosialnya.

Cover image via The Star

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama sebilangan ahli parlimen yang lain dilaporkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, semalam

Pertemuan itu menguatkan lagi khabar angin yang mengatakan bahawa satu ikatan baru bakal ditubuhkan membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), UMNO, PAS, Warisan dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta sebahagian Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bukan itu sahaja, terdapat desas-desus juga menyatakan bahawa rombakan kabinet bakal berlaku yang mana ia didakwa bakal menamatkan penglibatan DAP dalam Kerajaan Persekutuan selepas ini.



Pergolakan politik itu membawa kepada perkhabaran baru di mana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengesahkan untuk keluar daripada Pakatan Harapan

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya berkata Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.

"Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.

"Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti BERSATU juga dengan ini keluar Pakatan Harapan. Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara," katanya dalam kenyataan tersebut.

Selepas ini apa pula agaknya yang akan terjadi?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: