seismik

Ada 936 Tangkap Layar Sejarah Layari Laman Web Lucah Pada Telefon Bimbit Ebit Lew - Saksi

Difahamkan, Ebit tidak dapat menghadirkan diri ke prosiding mahkamah kerana sedang menunaikan ibadah haji di Makkah.

Cover image via BERNAMA & Utusan Malaysia

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, kes dakwaan gangguan seksual melibatkan pendakwah bebas, Ebit Lew masih berjalan dan dibicarakan di Mahkamah Tenom, Sabah

Menurut laporan, kes tersebut menjadi lebih panas apabila saksi ketujuh, Superintendan Latifah Abdul Aziz, 43, mendakwa terdapat sejarah laman sesawang lucah yang dilayari pada telefon bimbit yang dianalisisnya.

Terbaru, Latifah mendakwa telah menjumpai sebanyak 936 gambar tangkap layar mengenai sejarah melayari laman sesawang berunsur lucah diperoleh melalui analisis yang dibuatnya dari sebuah telefon bimbit.

Latifah yang juga merupakan Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan kepada Mahkamah Majistret bahawa 146 daripada jumlah keseluruhan gambar tangkap layar yang dianalisisnya adalah berunsur lucah.

"Saya mohon untuk merujuk gambar tangkap layar yang pertama dan terakhir, tempoh sejarah yang berjaya dikenal pasti bermula pada 14 Jun 2020 hingga 19 Ogos 2021," katanya.

Saksi pendakwaan, Latifah Abdul Aziz hadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Tenom baru-baru ini.

Image via Utusan Malaysia

Sebanyak lapan imej berunsur lucah turut ditemui selepas diarahkan untuk melakukan analisis terhadap sebuah lagi telefon bimbit

Bukan itu sahaja, Latifah turut memaklumkan bahawa telah menemui sebanyak lapan imej berunsur lucah selepas diarahkan untuk melakukan analisis terhadap sebuah lagi telefon bimbit.

Difahamkan, kesemua imej itu diperoleh daripada aplikasi WhatsApp dan mendapati hanya satu imej sahaja yang mempunyai penambahan pelekat aplikasi WhatsApp.

Dalam pada itu, pada prosiding yang dilakukan pada Khamis, peguam Ebit Lew, Ram Singh membantah soalan daripada pihak pendakwaan kepada saksi mengenai sejarah carian menerusi Google.

Menurut Ram, ia sangatlah tidak relevan untuk bertanyakan soalan kerana terlalu banyak carian dibuat di dalam telefon bimbit itu yang dianalisis saksi.

Malah, tiada bukti dalam sejarah carian melalui Google yang menunjukkan bahawa sesebuah laman sesawang itu dilawati tertuduh sepertimana yang dikatakan saksi.

Image via Utusan Malaysia

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria menjelaskan bahawa soalan yang ingin diajukan pihak pendakwaan adalah relevan dengan pertuduhan merujuk kepada carian Google berunsur lucah pada tarikh-tarikh pertuduhan.

Menurut Zahida, keterangan itu penting bagi menunjukkan perbuatan dan keadaan tertuduh pada tarikh-tarikh tersebut yang melayari laman sesawang berkenaan sebelum menghantar mesej berunsur lucah kepada pengadu.

Prosiding mahkamah berjalan tanpa kehadiran Ebit Lew

Sebagai rekod, perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani pada petang Rabu itu dijalankan tanpa kehadiran Ebit Liew yang digantikan peguam, Ram Singh selepas mendapat kebenaran mahkamah.

Difahamkan, Ebit tidak dapat menghadirkan diri kerana sedang menunaikan ibadah haji di Makkah.

Terdahulu, Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan bin Ibrahim Lew, 37, dipanggil pihak polis pada Ogos 2021 yang lalu bagi membantu siasatan berhubung kes dakwaan sebuah video lucah yang dikatakan mirip dengan rupanya tersebar di internet.

Walau bagaimanapun, Ebit mengaku tidak bersalah dan mengatakan itu merupakan satu fitnah melampau yang cuba memburukkan namanya.

Difahamkan, Ebit tidak dapat menghadirkan diri ke prosiding mahkamah kerana sedang menunaikan ibadah haji di Makkah.

Image via Ebit Lew (Facebook)

Namun, seorang lagi pendakwah bebas, Firdaus Wong tampil memberikan keterangannya di Mahkamah Tenom, Sabah memaklumkan ada melihat beberapa mesej serta gambar lucah di telefon bimbit seorang wanita yang mendakwa kiriman Ebit Lew.

Ebit kini berdepan dengan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan sekiranya Ebit didapati bersalah, pendakwah bebas itu bakal berdepan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: