seismik

Cara Kurangkan Rambut Gugur Lelaki, Ini Tips Untuk Anda Daripada Pakar Sendiri

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Cover image via Vecteezy

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rambut gugur setiap kali mencuci atau menyikatnya tentu mengundang kerisauan bukan?

Individu berkaitan pasti gusar, 'mahkota' melengkapkan penampilannya semakin hilang. Sebenarnya, kita tidak perlu bimbang dengan perkara itu kerana ia masalah biasa yang boleh dialami sesiapa sahaja.

Tahukah anda, secara purata, seorang dewasa mempunyai 100,000 hingga 150,000 helai rambut. Seseorang itu boleh mengalami keguguran rambut di antara 50 hingga 100 helai sehari.

Gambar sekadar hiasan

Image via Vecteezy

Begitupun, masalah rambut gugur yang dihadapi para lelaki kadangkala lebih parah daripada wanita.

Dengan pelbagai produk penjagaan rambut yang banyak merujuk kepada wanita, jadi kita ini ada tendency untuk skeptikal yang rambut gugur ini masalah wanita sahaja. Sedangkan faktanya lelaki lebih terdedah kepada masalah ini akibat daripada kecenderungan genetik.

Ikuti temu bual bersama pengasas TwoHerbs, Riff Lim dan perkongsian beliau mengenai tips untuk kurangkan rambut dalam kalangan golongan lelaki

Pengasas TwoHerbs, Riff Lim

Image via TwoHerbs

1. Bagaimana untuk seseorang lelaki mengesan rambut mereka sedang gugur?

Terdapat pelbagai cara boleh anda mula perhatikan seperti:

-Anda boleh melihat di sekitar meja anda bekerja

-Perangkap lantai apabila mandi

-Apabila anda menyikat rambut dan rambut mudah gugur

Gambar sekadar hiasan

Image via Vecteezy

2. Apa yang menjadikan rawatan rambut gugur TwoHerbs berkesan berbanding pemindahan dan ubat?

Sesetengah orang mungkin mempunyai masalah ubat jadi ia tidak sesuai untuk semua orang dan ubat memerlukan pergantungan jangka panjang dan mempunyai kesan sampingan selepas penggunaan berpanjangan. Transplant rambut pula dianggap invasif jadi ramai orang memilih untuk tidak melakukannya.

Oleh itu, rawatan di TwoHerbs adalah selamat, bebas risiko, organik dan bebas kimia. Pelanggan juga memilih TwoHerbs kerana harga rawatan kosnya yang lebih rendah berbanding penggunaan ubat dan transplant rambut.

Sebelum mendapatkan rawatan rambut gugur di TwoHerbs, pelanggan diberikan penerangan terlebih dahulu mengenai keadaan kesihatan rambut dan kulit kepala.

Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

3. Boleh kongsikan sedikit tips untuk lelaki yang ada masalah rambut gugur, bagaimana mereka boleh mencegah dan mengurangkan rambut gugur?

-Gunakan air suam untuk mencuci rambut anda

-Lakukan detox kulit kepala setiap bulan

-Cuba kurangkan pemakaian topi

-Gunakan sarung bantal satin untuk mengurangkan gosokan rambut anda pada sarung bantal semasa tidur

-Sapukan tonik setiap hari untuk menyihatkan kulit kepala

-Gunakan syampu rambut gugur untuk membersihkan kulit kepala setiap hari

Apakah produk TwoHerbs yang akan anda cadangkan kepada lelaki yang mempunyai masalah keguguran rambut?

Rawatan rambut gugur kami menggunakan herba Cina dan ayurveda. Gabungan kedua-dua herba ini memberikan kulit kepala anda peluang untuk pulih sekali gus menyelesaikan masalah kulit kepala anda dengan lebih cekap berbanding menggunakan hanya satu jenis herba sahaja.

Kami juga yang pertama menggunakan cold cap untuk merangsang pertumbuhan rambut dan cold cap digunakan oleh doktor perubatan untuk merawat pesakit yang menjalani kemoterapi.

Cold cap juga sesuai untuk pelanggan yang mempunyai kulit kepala sensitif untuk mendapatkan rawatan herba keguguran rambut.

Di TwoHerbs, kami menawarkan rawatan herba iaitu untuk rambut gugur dan rawatan herba yang menutup uban menggantikan pewarna rambut.

Image via TwoHerbs

TwoHerbs juga mempunyai rawatan pupur yang sesuai untuk pelanggan tidak menyukai bau rawatan herba dan lebih digemari oleh golongan milineal. 

Rawatan pupur ini sesuai untuk merawat kelemumur, detoks atau pembersihan, kulit kepala kering dan juga kulit kepala sensitif.

Pelanggan juga boleh melihat pengurangan rambut gugur selepas satu sesi dan pertumbuhan rambut selepas beberapa sesi.

Jom rehatkan diri anda ke TwoHerbs untuk memanjakan diri, dan serahkan kesihatan kulit kepala anda kepada yang mahir!

Nak tahu lanjut tentang apa yang menarik lagi tentang treatment yang ada di TwoHerbs, anda boleh terus ke https://www.twoherbs.com.my/ !

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: