[TIPS] Ini 5 Cara Mudah & Berkesan Untuk Hilangkan Mulut Yang Berbau
Jom sama-sama amalkan!
Kalau nafas berbau pasti kita rasa tak yakin untuk keluar dan juga bercakap dengan orang lain bukan?
Ini kerana kita takut untuk berdepan dengan kawan-kawan atau keluarga yang boleh menimbulkan ketidakselesaan terhadap mereka.
Pastinya kita merasa amat kecewa dan sedih kerana tidak dapat berinteraksi bersama orang lain dengan bebas sehingga terpaksa menutup mulut untuk mengelakkan orang terbau mulut kita.
Namun begitu, anda jangan risau kerana kami akan membantu menyelesaikan masalah itu dengan memberi lima cara untuk menghilangkan mulut berbau dengan mudah dan berkesan!
1. Timun
Mungkin ramai yang mungkin belum tahu bahawa salah satu manfaat timun juga adalah untuk menghilangkan bau mulut. Timun dapat mencegah mulut kering dan membersihkan sisa makanan yang mungkin terselit di celah gigi selepas makan. Caranya adalah gunakan timun yang sudah dihiris dan letakkannya di antara mulut dan lidah selama 90 saat. Mudah je bukan?
2. Minum air
Mulut kering boleh menyebabkan nafas yang sentiasa berbau kerana tidak dapat menghasilkan air liur yang secukupnya. Dengan air putih, ia dapat membantu menghasilkan air liur dalam membersihkan sisa makanan sekaligus menghalang pertumbuhan bakteria jahat dalam mulut. Oleh itu, anda semua disarankan untuk minum air putih terlebih dahulu sebelum melakukan kerja seharian.
Tambahan pula, minum air putih juga dapat mengelakkan dehidrasi ketika musim panas.
3. Kunyah gula-gula getah tanpa gula
Gula-gula getah tanpa gula adalah cara yang cepat dan mudah dalam menyegarkan nafas anda dan merangsang aliran air liur. Ini supaya mulut anda boleh membuang bakteria dan sisa makanan secara semula jadi. Aroma gula-gula getah perisa berbau kuat terutamanya seperti pudina atau kayu manis akan membantu untuk menutup bau busuk.
4. Epal
Epal adalah buah yang cukup berkesan untuk mengatasi masalah bau mulut. Ini kerana epal mengandungi polifenol yang dapat mengurangkan penghasilan senyawa penyebab bau mulut.
Selain itu, epal juga membantu dalam membersihkan bahagian lidah paling belakang dan mengeluarkan segala cebisan makanan yang terselit pada celah-celah gigi.
5. Makan sayuran hijau
Kandungan air sayur-sayuran hijau yang tinggi, sangat membantu mengatasi bau mulut busuk dan membersihkan mulut anda daripada sisa-sisa makanan. Terutamanya seperti bayam, sawi dan kangkung sangat bagus untuk melawan bau mulut dan menyeimbangkan. Malah, dapat tingkatkan pH sekaligus mencegah mulut daripada kering.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!