seismik

[TIPS] Ini 5 Petua Mudah Bagaimana Nak Cerahkan Ketiak Hitam Anda

Simple je!

Cover image via Better Homes & Gardens & Harian Metro

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mempunyai ketiak hitam dan berkerak sudah pasti menjadi mimpi ngeri bagi semua orang

Tidak kiralah wanita atau lelaki, sudah semestinya semua akan rasa tidak yakin untuk memakai baju tanpa lengan kalau ada masalah ketiak hitam bukan?

Ditambah pula dengan peluh yang mampu menimbulkan bau kurang enak menjadi ia masalah yang besar dan boleh menganggu penampilan. 

Tapi anda jangan risau kerana kami ada cara-cara bagaimana untuk hilangkan dan cerahkan ketiak hitam kembali seperti semulajadi.

1. Baking soda

Anda boleh gunakan baking soda atau soda penaik pada ketiak. Ia berfungsi sebagai ejen peluntur untuk mencerahkan kawasan kulit, menghilangkan bau, mengurangkan peluh yang berlebihan dan menghalau rasa gatal.

Caranya adalah dengan mengambil satu sudu baking soda yang diletakkan sedikit air. Kemudian gosok dengan kuat pada kulit ketiak lalu bilasnya.

2. Lemon atau Oren

Image via SirapLimau

Lemon atau oren mengandungi vitamin C yang boleh memutihkan kulit ketiak dan membuang semua kesan hitam dekat bawah lengan. Anda boleh gunakan kulit oren atau lemon untuk membuat pes yang boleh digunakan sebagai scrub

3. Kentang

Image via Harian Metro

Kentang bermanfaat sebagai pemutih untuk ketiak yang gelap. Selain itu, kandungan anti-radang yang terdapat dalam kentang juga dapat mengurangi rasa gatal akibat mencukur dan tidak menimbulkan kesan ruam atau kemerahan.

Parut kentang dan peras air yang keluar dari kentang tersebut. Kemudian, oleskan air kentang tersebut pada area ketiak. Selepas 10 minit bilas menggunakan air sejuk. 

Caranya mudah. Hiris, parut, atau masukkan potongan kecil kentang ke dalam pengisar. Kemudian, lumurkan pada area ketiak.

4. Waxing

Image via Marsha Beauty

Cabut bulu ketiak anda dengan cara waxing. Antara sebab lain yang menjadikan kulit ketiak menjadi gelap adalah penggunaan pencukur dan krim pencukur. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menukar pencukur kepada kaedah waxing.

Ini kerana, kaedah tersebut hanya memotong rambut di permukaan yang menjadikan pertumbuhan semula rambut menjadi lebih tebal dan kasar.

5. Kunyit

Image via XTRA

Kunyit merupakan bahan yang sinonim digunakan untuk proses pencerahan. Caranya senang saja, iaitu dengan lumurkan pes kunyit pada ketiak yang telah dicampurkan bersama 2 sudu lemon dan biarkannya selama 30 minit. Kemudian, bilasnya. 

Mudah je kan tips-tips ini? Jadi apa lagi, jom amalkan sekarang! :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: