seismik

Gelagat Sekumpulan Penonton Selamba Menari Zapin Dekat 'Showcase Indie' Ini Curi Tumpuan

Tradisi Melayu jangan dilupakan!

Cover image via @dilllabas_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kita pasti perlukan hiburan selepas penat bekerja atau belajar bukan?

Jadi sebab itu, kita akan memilih untuk pergi ke concert dan menikmati persembahan daripada artis-artis dan relax serta bersuka ria tanpa fikir apa-apa. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan gelagat sekumpulan penonton menari telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menari zapin ramai-ramai masa pergi showcase

Menerusi video yang dimuat naik oleh @dilllabas_ di TikTok, kelihatan tiga orang penonton dirakam sedang menari zapin di kawasan showcase sewaktu mosh pit.

Dalam video itu, mereka dilihat sakan menari sambil ditonton dan dikerumuni oleh penonton-penonton yang lain yang kelihatan kagum dan excited melihat tarian berkenaan.

Di akhir video berkenaan juga dipaparkan terdapat penonton lain yang turut menyertai mereka membuatkan keadaan di situ semakin riuh.

"Macam ini kan best tengok, teruskan adat resam Melayu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 52.3K views, 8,913 likes dan 94 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberi komen mencuit hati mengenai video tersebut. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronok betul tengok suasana macam ni! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: