[VIDEO] Gelagat Lelaki Layan Drama Andainya Itu Takdir Ini Buat Ramai Terhibur
Drama ni memang menguji kesabaran ya!
Drama-drama Melayu yang ditayangkan di kaca televisyen menjadi tontonan umum rakyat Malaysia
Menonton drama-drama dalam pelbagai saluran untuk meluangkan masa sementara menunggu untuk membuat kerja atau selepas pulang daripada kerja.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan reaksi seorang lelaki ketika menonton drama telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Marah dengan watak Aizril dalam drama
Menerusi video yang dimuat naik oleh @bossdee_raphora di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang menonton drama Melayu iaitu Andainya Itu Takdirnya di ruang tamu rumahnya.
Apa yang menarik perhatian adalah reaksinya yang dilihat menyampah dan geram selepas melihat scene Aizril, lakonan Shukri Yahaya yang sedang menangis.
Dalam video itu juga dipaparkan dia telah membaling bantal ke arah skin televisyen kerana tidak tahan melihatnya.
"Laki kita pun sama. Masa tengok wife dia layan drama ni siap kata macam-macam sekali dia lagi meroyan tengok perangai si azril tu haha" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 301.7K views, 19.1K likes dan 1,038 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut boleh relate dengan reaksi lelaki tersebut dan memberi komen berkenaannya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!