Gara-Gara Si Ibu Ada Hutang Ah Long, Kereta Milik Anak Ditarik Ini Buat Ramai Risau
Makin bahaya ya sekarang.
Dunia sekarang dipenuhi dengan kes-kes jenayah yang menggemparkan dan tak diterima dek akal
Membaca dan melihat kes-kes tersebut membuatkan kita terfikir adakah pelaku sememangnya tiada hati dan perasaan. Setiap hari pasti ada kes terjadi yang mindblowing.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan insiden merampas kereta yang berlaku di lampu isyarat telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Rampas kereta sebab ibu gagal bayar pinjaman
Menerusi video yang dimuat naik oleh @jan_1513 di Twitter, kelihatan seorang individu merakam sebuah kereta Axia hitam yang sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah tiga lelaki dilihat cuba menarik pemandu tersebut keluar daripada kereta berkenaan.
Dalam video itu juga memaparkan dua lelaki telah masuk ke dalam kereta tersebut dan seorang lelaki lagi pergi ke arah keretanya sendiri sambil menghalau pemandu kereta Axia itu.
Hal itu menyebabkan pemandu berbaju biru berkenaan cuba meminta tolong penunggang motosikal yang turut menunggu lampu isyarat di situ. Mereka cuba menolongnya tapi gagal kerana kereta itu dilihat berjaya meloloskan diri walaupun dikejar oleh geng-geng motosikal.
Difahamkan, kejadian itu berlaku kerana ibu pemandu tersebut telah gagal membayar pinjaman peribadi sebanyak RM100,000 menyebabkan kereta Axia itu dirampas sebagai cagaran oleh tiga lelaki tempatan itu yang merupakan peminjam yang diupah.
"Kenapa macamtu sekali ? Malaysia tak ada undang undang ke?" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bimbang dengan kejadian itu dan memberi pelbagai reaksi mengenainya.
Susulan tularnya ciapan itu, kini ia meraih sehingga 4,504 retweets, 4,278 likes dan 120 comments di Twitter.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!