seismik

[VIDEO] Gelagat Sekumpulan Individu Rakam Ular Di Tingkap Kereta Ini Buat Ramai Terhibur

Takut weh.

Cover image via @eepanwho (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Cuaca panas yang semakin membahang menjadi punca untuk haiwan keluar dari habitat asal

Sebagai contoh, haiwan berbisa seperti ular. Mereka mencari tempat sejuk dan lembap untuk berlindung.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan sekumpulan individu terjumpa ular telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

@eepanwho Replying to @ai maaf lambat , baru balik ziarah ularnya #ularterbang #fyp original sound -

Ular selamba merayap di cermin tingkap kereta

Menerusi video yang dimuat naik oleh @eepanwho di TikTok, kelihatan sekumpulan individu merakam penampakan ular yang sedang merayap di luar kereta mereka semasa memandu. 

Mereka dilihat amat panik dan menjerit ketika melihat ular tersebut menjalar di bahagian cermin kereta. Dalam video itu juga dipaparkan keadaan menjadi semakin kecoh apabila mereka  menjerit apabila melihat itu dan berharap supaya ular berkenaan jatuh. 

Namun di akhir video berkenaan kelihatan ular itu telah jatuh dan keadaan menjadi tenang kembali. 

"Aku suka betul reaction driver tu handle kawan dia haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 14.1M views, 1.6M likes dan 42.9K comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka dan beri komen yang mencuit hati mengenainya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau admin ada kat sana confirm terkejut juga. Apa pun, okay tak tu bang?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: