seismik

[VIDEO] "Bersemut Skrin" - Suami Beri Bunga Kepada Isteri Ini Terima Pujian Ramai

Sweet sangat pak cik dan mak cik.

Cover image via @ceikaroja (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mempunyai hubungan yang mesra sampai ke hari tua merupakan impian bagi semua pasangan

Tetap mencintai satu sama lain dan hubungan yang harmoni serta mengharungi kehidupan bersama-sama sampai menua. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan sebuah pasangan warga emas di taman telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Menyakat isteri bagi sudu tapi sebenarnya nak bagi bunga

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ceikaroja di TikTok, kelihatan sebuah pasangan suami isteri sedang dirakam meluangkan masa bersama-sama di taman. 

Apa yang mencuit hati adalah pak cik tersebut dilihat cuba menyakat isterinya dengan memberikan sudu namun sebenarnya ingin memberikan bunga ros berwarna merah. 

Hal ini menyebabkan isterinya tidak dapat menahan malu dan ketawa apabila melihat bunga yang diberinya. 

"Terlalu cute yinni pak cik dan mak cik, semoga berbahagia selalu hingga syurga" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1M views, 195.3K likes dan 2,418 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut cair dengan gelagat pasangan ini yang amat sweet dan ramai juga yang mendoakan kebahagiaan mereka. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sweet sangat ni! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: