seismik

[TIPS] Ini 5 Petua Untuk Menyerikan Kembali Bibir Anda Menjadi Warna Semulajadi

Simple dan mudah sahaja!

Cover image via Sinar & Keluarga

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sesiapa sahaja di sini pasti ingin kan bibir merah bak delima dan nampak tidak kusam atau pucat bukan?

Warna bibir yang hitam dan gelap terjadi disebabkan oleh kesan bahang matahari, kesan merokok dan banyak lagi. Oleh itu, ramai perempuan yang tidak yakin untuk keluar dan perlu memakai gincu atau lip gloss untuk memastikan bibir sentiasa nampak cantik. 

Namun semestinya ramai yang menginginkan bibir kembali merah seperti sediakala dan tidak perlu berususah payah untuk mencalit pelembap bibir dan seumpamanya lagi bukan? 

Jadi, anda jangan risau kerana di sini kami akan memberikan lima cara untuk mengembalikan warna bibir supaya nampak lebih berseri dan menarik.

1. Banyakkan minum air kosong

Image via Astro Awani

Hal ini adalah paling mudah dan tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkannya. Anda hanya perlu memastikan anda minum banyak air kosong untuk membantu penghidratan dan pengedaran darah. Ini kerana kedua-dua proses ini adalah kunci kepada petua merahkan bibir secara semulajadi.

Ia kerana kawasan bibir lah yang paling terkesan jika anda tidak minum air dengan cukup. Oleh sebab itu, pastikan anda minum air untuk elakkan bibir daripada kering dan potensi untuk jilat bibir pun tipis. Sekurang-kurangnya cuba minum air kosong sebanyak dua liter. 

2. Gosok bibir dengan berus gigi

Image via Sinar

Cara yang seterusnya adalah anda boleh gunakan ubat gigi untuk diletakkan pada bibir seperti skrub.

Anda hanya perlu calitkan sedikit pada bibir sebelum menggosok gigi. Gunakan berus gigi untuk membersihkan bibir anda sewaktu membasuhnya selepas 3-4 minit. Proses ini akan membuang sel-sel mati dan menggalakkan pembinaan kolagen, menjadikan bibir anda nampak lebih mungil. 

3. Skrub bibir guna gula/vaseline

Image via Keluarga

Fungsi skrub bibir persis seperti skrub muka dimana ia membantu membuang sel kulit mati pada bibir. Skrub boleh juga dibuat di rumah dengan menggunakan hanya dua bahan. Dua bahan tersebut adalah gula dan madu atau vaseline

Caranya adalah mix kan gula dengan madu atau vaseline sampai sebati. Gosok campuran tersebut secara perlahan dan lembut pada bibir lalu biarkan selama lima minit dan jadikannya seperti mask.

4. Madu

Image via Harian Metro

Cara yang lain untuk memerahkan bibir kembali adalah dengan menggunakan madu. Sapukan pada bibir hingga rata dan biarkan ia meresap pada bibir selama 15 hingga 20 minit.  Kemudian, basuhkan ia dengan air biasa atau air suam. Lakukan rutin ini sebanyak tiga atau empat kali dalam seminggu untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan! 

5. Pakai lipbalm sebelum pakai gincu atau lipmatte

Image via Lazada

Sebelum memakai lipstick atau lipmatte, anda seharusnya apply dahulu lipbalm kerana ia mampu melindungi kulit bibir kita daripada terkena bahan-bahan lipmatte yang boleh membuatkan bibir kita kering. Antara lipbalm yang anda boleh gunakan adalah vaseline dan nivea. 

Ringkas dan bahan-bahannya juga amat mudah didapati bukan? Jadi, apa lagi mari sama-sama amalkan! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: