seismik

[TIPS] Pilih Warna Tudung Yang Sesuai Ini Dengan Mengikut Tone Warna Kulit Anda

Pilih warna tudung pun faktor penting ya untuk glow up.

Cover image via @nurul_yayaaa (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Bagi wanita bertudung, pemilihan warna tudung mengikut jenis tona kulit itu amat penting kerana ia merupakan faktor utama untuk menyerlahkan keserian wajah sekaligus nampak sesuai dengan jenis kulit kita

Memilih warna tudung yang sesuai amat susah kerana jika tersalah pilih ia dapat menyebabkan kulit wajah kita kelihatan pucat dan kusam serta outfit yang dipakai nampak tenggelam. 

Selain warna tudung yang sesuai dengan outfit, warna tudung yang sesuai dengan tona wajah kita juga penting. 

Terdapat beberapa cara yang boleh kita ketahui kombinasi warna tudung dan pakaian yang sesuai dengan warna kulit kita yang boleh dipadankan bersama. 

Untuk ketahui lebih dalam, kita mempunyai tiga tona kulit iaitu cool, medium dan warm undertone.

1) Cool/Light tone

Bagi saluran darah yang berwarna biru, ini bermakna mereka tergolong dalam jenis tona kulit cool undertones.

Untuk warna kulit ini, pasti sesuai untuk mereka memilih hijab yang berwarna gelap, tenang atau warna yang bold. Sebagai contoh, tudung berwarna hitam, biru, hijau, ungu lavendar, rose dan kelabu. Warna yang seharusnya dielakkan oleh mereka yang light skin tone ini adalah beige atau light brown.

Image via SisRasa

2) Warm Undertones/Dark Tone

Wanita yang mempunyai tona kulit wajah dark skin tone mempunyai banyak pilihan dan boleh match dengan pelbagai warna tudung. Namun, untuk mereka yang kulit hitam manis ini sebaiknya jangan memakai warna tudung yang dekat dengan warna kulit untuk elakkan daripada nampak tenggelam dan kusam.

Tudung warna putih dan pastel serta neutral amat sesuai dipakai oleh wanita kulit warm undertones. Oleh itu, mereka yang menggayakannya kelihatan sangat manis jika memakai warna tudung yang bertona cerah dan ceriaNamun, bagi mereka yang dark tone, dinasihatkan untuk tidak pakai warna seperti kuning, hijau, coklat dan hitam.

Image via @nurul_yayaaa
Image via Siti Khadijah

3) Neutral/Medium Tone

Bagi wanita yang mempunyai tona kulit neutral, mereka boleh memakai tudung berwarna neutral iaitu earth tone dan juga nude seperti beige. 

Tudung berwarna medium blue, jade green, merah, dan putih juga amat sesuai untuk dipilih dipakai. 

Namun, jika ada yang malas nak gosok tudung, anda boleh pakai warna hitam. Selain itu, anda juga boleh pilih warna sky blue, light brown, cream white, olive green untuk dipakai. 

Bergunakan info ini? Jadi apa lagi, jom sama-sama praktikkan warna tudung yang sesuai!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: