[VIDEO] Ikut Tradisi Datuk Kena Buat ‘Show’ Untuk Dapat Duit Raya Ini Undang Tawa Ramai
Nampak fun betul tradisi keluarga ni!
Hari Raya Aidilfitri bagaikan tidak lengkap tanpa saling bermaaf-maafan sesama keluarga pada pagi raya
Budaya ini menjadi kelaziman untuk berkumpul beramai-ramai bersama ahli keluarga bagi acara memohon maaf sambil bersalaman serta sesi memberi duit raya.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan sebuah keluarga mempunyai satu tradisi bermaafan yang unik telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ikut tradisi datuk menari untuk dapat duit raya
Menerusi video yang dimuat naik oleh @_icanomr di TikTok, kelihatan sebuah keluarga sedang berkumpul beramai-ramai di ruang tamu pada pagi raya.
Yang menariknya adalah mereka berada di situ untuk menonton persembahan oleh sepasang suami isteri. Difahamkan, tradisi membuat persembahan tersebut merupakan tradisi turun-temurun datuk belah suami demi mendapatkan duit raya.
Sepasang suami isteri berbaju Melayu dan kurung berwarna maroon itu dilihat menari sambil dikelilingi oleh keluarganya dan saudara-mara yang lain.
Dalam video itu memaparkan isterinya hanya mampu tergelak dan tersipu malu kerana menari di hadapan khayalak ramai.
Di akhir video berkenaan memaparkan seorang individu berbaju Melayu telah menunjukkan thumbs up menandakan persembahan yang sangat menarik.
"Harap tradisi ini berkekalan dan kami dapat update setiap tahun lah ya, persembahan yang menarik" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 954.4K views, 90.1K likes dan 480 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat mereka sekeluarga dan memberi komen supaya tradisi itu tetap harus dikekalkan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!