seismik

Terbeli Nasi Lemak Dibalut Dengan Kertas Matematik, Tapi Komen Netizen Pula Curi Perhatian

Kertas peperiksaan pun ada juga.

Cover image via @jecqo_x (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui, nasi lemak merupakan makanan sarapan harian wajib masyarakat Malaysia

Dihidangkan bersama nasi yang dimasak dengan santan kelapa serta daun pandan, sambal pedas manis, ikan bilis rangup, timun dan telur rebus mampu membuat sesiapa sahaja ketagih menikmatinya.

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu berkongsi nasi lemak yang dibeli oleh ayahnya telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ayah beli nasi lemak dibalut kertas kerja Matematik

Menerusi video yang dimuat naik oleh @jecqo_x di TikTok, kelihatan seorang individu sedang berkongsi pengalamannya ingin menjamah nasi lemak yang dibeli oleh ayahnya pada pagi raya.

Namun mengejutkan apabila nasi lemak tersebut dibalut dengan kertas peperiksaan Matematik dan mengandungi jalan kira serta soalan-soalan subjek tersebut.

Hal ini membuatkan dia amat terkejut dan takut kerana ini adalah pengalaman pertamanya makan nasi lemak yang dibalut dengan kertas Matematik kerana kebiasaannya nasi lemak hanya dibalut oleh daun pisang atau kertas surat khabar.

"Ini mesti anak dia baru habis SPM, kertas-kertas periksa boleh recycle jadi pembalut nasi lemak haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 314.1K views, 46.8K likes dan 1,643 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan balutan nasi lemak itu dan memberi komen yang mencuit hati mengenai kejadian tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Admin sendiri pun terkejut tengok nasi lemak tu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: