seismik

[VIDEO] Bosan Cuma Ada Mee Bandung, Gadis Kongsi Sisi Lain Bandar Muar Ini Curi Tumpuan

Maju betul ya Muar sekarang.

Cover image via syahirahhz (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai keunikannya tersendiri terutama negeri-negeri di dalamnya

Kaya dengan warisan, keunikan budaya, adat resam, makanan, kepelbagaian kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai menjadikannya tarikan kepada para pelancong untuk datang ke Malaysia.

Namun lain pula yang jadi, apabila tular dalam sebuah video yang menunjukkan keunikan Muar telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video perkongsian itu di bawah:

Tunjuk keistimewaan Muar tapi letak banyak gambar negara lain

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syahirahhz di TikTok, kelihatan seorang individu telah berkongsi keunikan yang terdapat di daerah yang terkenal dengan mee bandung iaitu Muar, Johor.

Namun yang mengejutkan dalam video tersebut, dipaparkan gambar-gambar bangunan dan view dari luar negara. Terdapat juga gambar pemandangan yang dipenuhi salji dan musim luruh. 

Hal ini menimbulkan kesangsian kerana seperti yang diketahui Malaysia mempunyai dua musim sahaja iaitu musim panas dan musim tengkujuh. 

"Saya yang duduk Muar ni pun terkejut bang" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 309.4K views, 37.3K likes dan 2,149 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dengan kemajuan 'pantas' Muar tersebut. Ada juga yang terhibur dan memberi komen yang mencuit hati mengenai video ini. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam-macam ya ada kat Muar sekarang, maju betul :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: