seismik

[VIDEO] Gelagat Dua Pelajar Malaysia Pergi Beraya Di White House Ini Buat Ramai Terhibur

Sempoi je mereka datang bagi salam ya.

Cover image via @abemisai (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui, Hari Raya Aidilfitri disambut oleh umat Islam di dunia pada Jumaat lalu manakala di Malaysia adalah pada hari Sabtu (22 April)

Semua umat Islam pasti merasa amat teruja dengan hari lebaran ini dan tidak sabar untuk beraya bersama keluarga tersayang dan saudara-mara yang sudah lama tidak berjumpa.

Mereka yang berada di perantauan juga pasti tidak sabar untuk meraikannya walaupun terpaksa berpisah dengan keluarga sementara melanjutkan pelajaran di sana.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan dua pelajar Malaysia di White House telah meraih tumpuan ramai.

Pergi White House untuk beraya dengan berbaju Melayu lengkap

Menerusi video yang dimuat naik oleh @abemisai di TikTok, kelihatan dua lelaki berbaju Melayu sedang melawat pagar Rumah Putih di Washington, D.C., United States untuk pergi beraya.

Mereka dilihat memanggil dan menjerit nama Presiden Amerika iaitu Joe Biden dengan panggilan "Abang Din" dan mengatakan "kami datang nak beraya" dari luar pagar White House tersebut.

Dalam video itu, mereka turut memberi salam sambil dirakam oleh kawannya dari luar pagar rumah berkenaan yang juga dikenali sebagai kediaman dan bangunan pejabat rasmi bagi Presiden Amerika Syarikat dan keluarganya.

"Secret service perhati je dari atas bumbung tu haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 2.3M views, 344.8K likes dan 1,518 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dua pelajar ini dan memberi komen yang mencuit hati mengenai kejadian tersebut. Ada juga yang hairan bagaimana mereka merakamnya dari dalam. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Admin pun banyak kali tengok video ni sebab terhibur tengok mereka :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: