seismik

Terima Hadiah Pagi Raya, Lelaki Pakai Topeng Spiderman Ini Buat Satu Family Terhibur

Comel je dia tiba-tiba jadi spiderman tu.

Cover image via @penatasya (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Watak adiwira Spider-Man menjadi salah satu wira ramai tidak mengira umur

Ia memikat hati semua dengan kebijakan, perwatakan yang lucu, dan kepantasannya. Siapa saja pasti mengenal superhero ini bukan?

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki memakai topeng muka adiwira ini telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Dapat topeng muka Spider-Man sebagai hadiah hari jadi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @penatasya di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang beraya bersama keluarganya di ruang tamu rumahnya. 

Dalam video itu dipaparkan dia telah mendapat topeng muka Spider-man sebagai hadiah hari jadi ketika mereka sekeluarga sedang menyanyikan lagu hari jadi di meja makan. 

Dia dilihat amat gembira dan teruja selepas membuka hadiah tersebut. Dia juga terus memakai topeng tersebut dan bertukar menjadi Spider-man sambil memakai songkok hitam di atas kepalanya. 

"Spiderman: Raya At Home haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 217K views, 45.6K likes dan 127 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberi komen yang mencuit hati mengenai gelagat lelaki tersebut. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronok sangat tu jadi Spiderman :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: