seismik

[VIDEO] Gelagat Individu Berhentikan Lori Ais Di Tengah Jalan Ini Buat Ramai Terhibur

Musim raya ni memang ais cepat habis kan.

Cover image via @ceoofaxiasilver (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gelombang haba ekstrem yang melanda Asia Tenggara telah mencatatkan rekod suhu tinggi sehingga mencecah 54 darjah celcius

Bahang cuaca panas menyebabkan ramai terkesan apatah lagi sekarang adalah musim hari raya menjadikan permintaan ais meningkat.

Permintaan ais yang tinggi menjadikan banyak stok air batu yang sudah habis di kedai-kedai runcit berikutan ramai yang membelinya.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu sedang memberhentikan motosikal di tepi jalan raya telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ceoofaxiasilver raya siapa yang kena cari ais tu senasib lah #fyp original sound - CEO OF AXIA SILVER

Suruh lori ais berhenti sebab nak beli untuk raya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ceoofaxiasilver di TikTok, kelihatan seorang individu sedang berhenti di tepi jalan untuk menunggu sebuah lori ais berhenti.

Difahamkan dia telah mengejar lori tersebut dan memintanya berhenti untuk membeli ais bagi minuman tetamu di rumah. Hal ini disebabkan oleh dia terdesak kerana stok ais yang sudah banyak habis di kedai. 

Di akhir video berkenaan, dilihat lori ais itu berhenti di hadapan motosikal tersebut sambil ditunggu oleh individu itu sambil memegang beg dompetnya. 

"Dulu roti gardenia sekarang lori ais pula haha" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 163.5K views, 10.7K likes dan 58 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat individu ini dan memberi reaksi yang mencuit hati berkenaan kejadian ini. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Lori pun tak selamat dah sekarang ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: