seismik

Anak Tanya Mak Ketupat Dah Masak Ke Belum Tapi Ending Video Ini Pula Buat Ramai Sebak

Tak expect pula macam tu.

Cover image via @faizalmostaffa (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui, kini tinggal berbaki beberapa hari lagi sebelum Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba

Semestinya kini ramai yang sibuk membuat persiapan kelengkapan bagi bulan Syawal tersebut seperti memasak makanan untuk dijamah pagi raya, menyediakan baju raya untuk dipakai seisi keluarga.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki sedang membuat persiapan raya telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selit nasihat kepada orang tersayang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @faizalmostaffa di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang bertanya berkenaan ketupat yang sudah boleh diangkat daripada kuali atau belum kepada ibunya. 

Namun dikejutkan apabila dia terlupa bahawa ibunya sudah meninggal dunia ketika dia masuk ke dalam bilik untuk mendapatkan jawapan. 

Dalam video itu juga dia menyertakan nasihat-nasihat menyentuh hati iaitu hargailah mereka yang tersayang yang masih ada sebelum menutup pintu.

"The comments are making me cry, I will never be ready for that day :(" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 247.4K views, 29.5K likes dan 764 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersedih dengan kehilangan pemuda ini. Ada juga yang boleh relate dan berkongsi tentang kehidupan masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen netizen di TikTok:

Al Fatihah. Semoga abang ini kuat menghadapi ujian dan dipermudah segala urusan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: