seismik

[VIDEO] Bibik Sering Masak Guna Resipi Khairul Aming Ini Buat Ramai Warganet Cemburu

Bestnya ada bibik macam ni.

Cover image via @ladybosskc (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebut sahaja tentang Khairul Aming, pasti ramai yang terus kenal dengan selebriti media sosial terkenal dan usahawan muda berjaya ini bukan?

Menampilkan 30 Hari 30 Resipi di bulan puasa, membuatkan resipi yang diperkenalkan menjadi perhatian dan juga dijadikan rujukan oleh semua tanpa mengira jantina bagi juadah berbuka puasa.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang pembantu rumah sedang memasak telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video perkongsian itu di bawah:

Cuba resipi cucur udang yang Khairul Aming masak

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ladybosskc di TikTok, kelihatan seorang individu sedang menunjukkan bibiknya yang sedang memasak cucur udang di dapur rumahnya. 

Bibiknya dilihat mencuba resipi cucur udang oleh Khairul Aming yang menggunakan cornflakes dalam cucur ini. 

Difahamkan, pembantu rumahnya merupakan peminat Khairul Aming dan sering mencuba pelbagai resipi yang dimasak oleh instafamous selebriti masakan berkenaan. 

"Syoknya kalau aku ada bibik macam ni, hari-hari menu tukar-tukar dan aku tak perlu fikir nak makan apa haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 195.1K views, 5,817 likes dan 17 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut cemburu dengan bibik individu berkenaan dan ada juga yang meminta beg kuning untuk menyewa bibik seperti ini. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau macam ini admin pun nak, tak payah penat fikir nak masak apa hari ini :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: