seismik

Ke Mana Tumpah Kuah Kalau Tidak Ke Nasi? Nabila Huda Turun Bakat Memasak Pada Anak

Meriahkan Aidilfitri anda dengan pertempuran akhir dapur tempur Ra-Ra!

Cover image via Tonton

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setelah empat minggu menghiburkan peminat dengan pelbagai aksi masakan dan reaksi yang hebat, episod akhir Dapur Tempur Ra-Ra bakal memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini

Program yang dihoskan oleh Yasmin Hani ini dihiburkan dengan kejutan dan yang bakal disajikan oleh dua pasangan keluarga yang bakal bertempur. Adakah dua juri tetap iaitu Dato’ Cef Ismail dan Michael Ang akan mengalami kesukaran untuk memilih juara pada minggu ini? 

Image via Tonton

Episod minggu lepas menyaksikan pasangan juara Dapur Tempur musim pertama, Masam Manis yang terdiri daripada Muiz Zulkifli dan Arieni Ritzal mengalahkan pasangan selebriti Dap Err iaitu Bell Ngasri dan Farhana Fauri

Pasangan suami isteri Masam Manis mencuri hati juri secara keseluruhan dengan hidangan mereka ‘Sekaya Nangka dan Masak Lobak Putih Goreng Belacan bersama Lempeng’ dan ‘Bebola Ketupat NONA MN’. 

Walau bagaimanapun, pasangan suami isteri Dap Err berjaya mencuri hati juri di Cabaran NONA dengan hidangan ‘Ketupat Bebola Api NONA’ mereka. 

Melalui Cabaran NONA, peserta perlu memasak semula hidangan yang disediakan oleh Cef Ismail yang bernama ‘Bebola Ketupat Berinti Istimewa NONA’ dengan hanya melihat dan merasa hidangan tersebut tanpa bantuan resipi.

Image via Tonton

Dalam pertempuran akhir Aidilfitri ini, kumpulan Double Trouble yang merupakan pasangan ibu dan anak, Nabila Huda dan Keisha Laila bakal berentap dengan pasangan adik-beradik, Seketul Rasa yang terdiri daripada Shima Samarudin dan Hanis Samarudin

Gelagat ibu dan anak ini pastinya mencuri perhatian di Dapur Tempur Ra-Ra apabila Keisha menunjukkan bakat memasak yang diwarisi daripada ibunya malah tidak kekok untuk beraksi di dapur.

Kedua-dua pasangan peserta yang lebih kompetitif di episod akhir ini membuatkan dapur pertempuran lebih huru-hara, lebih-lebih lagi dengan penampilan oleh Nabila Huda.

Pada minggu-minggu sebelum ini, setiap kumpulan perlu menyediakan hidangan sahur, berbuka dan moreh. Apa pula hidangan yang perlu disediakan oleh kedua-dua kumpulan dalam episod akhir ini?


Image via Tonton

Teruskan menonton episod kelima Dapur Tempur Ra-Ra yang akan bersiaran pada 23 April 2023, hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV9

Dan jangan lupa untuk strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store serta strim langsung melalui YouTube TV9 Malaysia.

Ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial dan layari http://www.xtra.com.my/ untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9.

Image via Tonton

Mampukah dinamik anak-beranak Double Trouble memenangi cabaran ini dengan mengalahkan finalis Dapur Tempur musim pertama?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: