[VIDEO] Gadis Kongsi POV Tinggal Dengan Stranger Ini Buat Ramai Simpati & Boleh Relate
Kesian akak ni kena hadap macam ini.
Kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan ramai yang terpaksa berjimat dalam berbelanja
Apatah lagi tinggal di rumah sewa di sekitar ibu kota yang disewa dengan harga tinggi menjadikan orang ramai tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menyewa bersama orang yang tidak dikenali.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang wanita berkongsi kehidupannya di rumah sewa telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ruang dapur bersepah dan tak pandai kemas lepas guna
Menerusi video yang dimuat naik oleh @bukansarahtau di TikTok, kelihatan seorang wanita sedang merakam POV tinggal bersama orang yang tidak dikenali.
Dalam video itu, dia telah merakam keadaan dapur di rumahnya seperti ruangan tong sampah dan juga ruang memasak yang kelihatan bersepah serta tidak dikemas selepas digunakan.
Selepas melihat perkara ini, wanita ini hanya mampu melepaskan keluhan berat dan kecewa dengan apa yang terjadi.
Difahamkan, wanita ini juga telah dikatakan berpindah ke rumah sewa yang lain.
"Sebab tu kadang-kadang rela sewa rumah sorang-sorang, biar la mahal janji kita selesa" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 181.5K views, 11.7K likes dan 158 comments di TikTok, rata-rata netizen turut boleh relate dengan situasi wanita ini. Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka sendiri.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!