seismik

[VIDEO] Tersasul Sebut Nama Kuih, Gelagat Sekumpulan Gadis Ketika Iftar Ini Undang Tawa

Kesian betul akak sampai tersasul ya.

Cover image via @sora_tartali (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti kita akan membeli banyak makanan dan minuman di bazar Ramadan ketika ingin iftar di luar kan?

Aneka kuih-muih juga tidak terkecuali. Ia menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia terutama sekali sebagai menu hidangan berbuka puasa.

Terdapat juadah wajib seperti kuih-muih yang perlu ada ketika berbuka dan selalunya dibeli di bazar Ramadhan.

Terbaru, tular dalam sebuah video yang menunjukkan gelagat sekumpulan gadis iftar di luar telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tersasul sebut takoyaki dan kuih seri muka

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sora_tartali di TikTok, kelihatan sekumpulan gadis sedang merakam diri mereka memperkenalkan juadah yang dibeli di bazar Ramadan.

Namun lain pula yang jadi apabila seorang gadis telah tersilap menyebut nama kuih tepung pelita tersebut menjadi takoyaki menyebabkan mereka hanya mengangguk saja dengan jawapan penuh yakin gadis berkenaan.

Ia disambung lagi apabila seorang gadis secara spontan menyatakan kuih tersebut adalah kuih seri muka membuat mereka bertiga tidak dapat menahan ketawa.

Namun, di akhir video berkenaan, dilihat kawannya telah bertindak membetulkannya dan memberi jawapan yang betul. 

"Takoyaki, seri muka haha lapar tahap mana tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 109K views, 15.4K likes dan 136 comments di TikTok, rata-rata netizen turut rasa terhibur dengan situasi berkenaan. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via googleapis.com

Mungkin akak tu lapar sangat, itu yang sampai tersasul jauh :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: