seismik

Resepi Lontong Kuah Lodeh Khairul Aming Ini Undang Perdebatan Ramai Warganet

Semua ada pendapat masing-masing.

Cover image via @vamos32 (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebut sahaja Khairul Aming, pasti semua rakyat Malaysia mengenali instafamous selebriti masakan ini dan segmen terkenalnya iaitu 30 Hari 30 Resepi, kan?

Segmen yang menghimpunkan resepi-resepi berbuka puasa selama 30 hari ini menjadi pilihan ramai sekaligus membantu mereka dalam mencari idea untuk memasak menu juadah berbuka. 

Terbaru, tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu memberi komen tentang resipi Khairul Aming telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat ciapan itu di bawah:

Bukan lontong tapi rupanya nasi impit

Menerusi ciapan berkenaan, kelihatan seorang individu telah memberi komen tentang resipi lontong kuah lodeh Khairul Aming di dalam Twitter. 

Katanya, bahan-bahan yang digunakan untuk resipi puasa ke-21 itu adalah nasi impit dan bukan lontong seperti yang dikatakan. 

Dia juga turut dilihat meletakkan gambar lontong yang sebenar berserta serunding di bawah ciapan tersebut. 

"Rasanya mana-mana pergi pun 'lontong' = kuah lodeh+nasi impit. Selama aku hidup baru hari ini tahu lontong is another thing altogether" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberi pendapat masing-masing mengenai lontong kuah lodeh tersebut.

Susulan tularnya ciapan itu, kini ia meraih sehingga 1,602 retweets, 3,939 likes dan 80 comments di Twitter.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Admin pun baru tahu lontong tu sejenis makanan yang berbeza :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: