seismik

[VIDEO] Beli Nasi Kerabu Ayam Bakar Saiz Kecil, Tapi Komen Warganet Pula Curi Perhatian

Kecil sangat tu ayam bakar dia.

Cover image via @qal.zur (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik

Bazar Ramadan menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk membeli juadah berbuka puasa

Semestinya rambang mata untuk memilih menu-menu hidangan meriah yang ditawarkan di gerai-gerai bazar Ramadan.

Namun lain pula yang jadi apabila tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu berkongsi pengalamannya membeli nasi di bazar telah meraih tumpuan ramai.  


Lihat video perkongsian itu di bawah:

Nasi kerabu ayam bakar lagi kecil daripada tapak tangan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @qal.zur di TikTok, kelihatan individu ini amat terkejut dengan ayam bakar dibelinya yang mempunyai saiz lebih kecil daripada tapak tangannya.

Dalam video berkenaan, dia telah merakam nasi kerabu yang dibelinya di bazar Ramadan Taman Cempaka, Melaka. Dapat dilihat ayam paha bakar nasi berkenaan adalah sangat kecil berbanding saiz biasa. 

Perbezaan saiz yang amat ketara itu telah menyebabkan dia mengeluarkan kata-kata kesat kerana amat terkejut dan marah dengan pembelian nasi kerabu di gerai tersebut. 

"Ayam pramatang haha" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memberi pelbagai reaksi yang mencuit hati mengenai ayam bakar tersebut.

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 82K views, 3,657 likes dan 305 comments di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Confirm habis ayam dulu sebelum nasi kalau macam ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: