seismik

[VIDEO] Dua Adik Beradik Cuba Tangkap & Pegang Lipas Ini Buat Ramai Terkejut

Macam tu je dia nak pegang ya.

Cover image via @hagemaru82 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebut sahaja tentang lipas pasti ramai yang sudah rasa geli dengan haiwan ini malah mungkin ada juga yang membayangkan ia akan terbang

Lipas merupakan serangga yang menjijikkan, menyusahkan serta mengundang pelbagai bahaya kepada manusia. 

Namun lain pula yang jadi apabila tular dalam sebuah video yang menunjukkan dua budak lelaki cuba menangkap haiwan ini telah meraih tumpuan ramai.  

Lihat video penuh itu di bawah:

@hagemaru82 Dia tak tau ke bila lipas tu terbang dia dah tak jadi lipas dah.. dia jadi lain #atukmuda #fyp #foryou Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Selamba tangkap lipas guna tangan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hagemaru82 di TikTok, kelihatan dua budak lelaki sedang cuba untuk menangkap seekor lipas di pintu rumah mereka. 

Mereka dilihat cuba memegang lipas berkenaan yang berlegar-legar di ruangan pintu bilik berkenaan namun tidak berjaya kerana lipas itu berjaya melarikan diri. 

Dua budak lelaki yang memakai baju tidur itu dilihat tidak berputus asa dan masih cuba untuk menangkapnya dengan membuka dan menutup pintu banyak kali.

"Seronok pula dia main kejar-kejar dengan lipas ya" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 319.4K views, 26.2K likes dan 224 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat mereka dan memuji kecomelan mereka. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Berani betul ya dik sampai siap nak pegang tu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: