seismik

[VIDEO] Gimik Perasmian Pelantikan Watikah Seperti High Council Ini Buat Ramai Terhibur

High Council muncul lagi.

Cover image via @qaazyyqa (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika kita bercakap tentang Projek: High Council pasti ramai yang pernah tengok siri ini kan?

Drama ini telah mencetus fenomena dan trending dalam laman media sosial ketika ditayangkan di Astro Originals

Terbaru, tular dalam sebuah video yang menunjukkan sekumpulan pelajar di sekolah yang menggelar diri mereka High Council telah meraih tumpuan ramai.  

Lihat video penuh itu di bawah:

@qaazyyqa Gimik Kahar High Council utk watikah pelantikan Badan Khidmat Sekolah #teacher #teacherlife #school #pengawas #highcouncil #sekolah #fyp suara asli - - sadewok

Gimik perasmian watikah gimik Kahar High Council

Menerusi video yang dimuat naik oleh @qaazyyqa di TikTok, kelihatan sekumpulan pelajar sedang membuat gimik perasmian bagi watikah pelantikan badan khidmat sekolah di dewan sekolah berkenaan. 

Pelajar-pelajar lelaki itu atau lebih dikenali sebagai 'Geng Kahar' dilihat berjalan masuk ke arah depan pentas dewan itu dan melakonkan semula adegan watak Kahar daripada Projek High Council di hadapan pelajar-pelajar lain. 

'Kapla' pelajar tersebut telah memperkenalkan diri mereka sebagai High Council pada tahun ini dan melontarkan skrip yang terkenal iaitu "aku Kahar, Kapla High Council."

Namun pada akhir video berkenaan, dilihat sekumpulan pelajar perempuan memakai blazer telah datang dan menjerit 'berhenti' kepada mereka. Dikatakan geng pelajar perempuan itu adalah geng Susanti. 

@qaazyyqa Replying to @cikwatie76 Part 2 Sambungan Gimik Perasmian Watikah Pelantikan. Hateful comments will be deleted and blocked ‼ #teacher #teacherlife #school #sekolah #highcouncil #susanti #gimikperasmian #kahar original sound - Teacher Haziqah

"Haha terbaik dik" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 834.2K views, 61.5K likes dan 1,515 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gimik berkenaan dan ada juga yang meminta part 2. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mantap betul gimik perasmian dia, Min pun kagum tengok :0

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: