seismik

[VIDEO] Gelagat Murid Perempuan Nak Letak Kucing Dalam Beg Ini Buat Ramai Terhibur

Muat pulak ya nak letak kucing tu.

Cover image via @maisarahzaidee (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila kita melihat kecomelan kucing, mesti kita teringin nak bela kan?

Kucing adalah seekor haiwan yang sangat comel dan pasti ramai yang ingin menjadikannya sebagai haiwan peliharaan.

Baru-baru ini, tular dalam sebuah video yang menunjukkan gelagat seorang murid perempuan di sekolah telah meraih tumpuan ramai.

Selamba angkat dan letak kucing dalam beg

Menerusi video yang dimuat naik oleh @maisarahzaidee di TikTok, kelihatan seorang murid perempuan sedang cuba untuk memasukkan seekor kucing ke dalam begnya di sebuah sekolah rendah. 

Budak perempuan berkenaan telah menahan kucing itu dan cuba untuk menyumbat kucing tersebut di dalam beg biru kartun selepas memasuki pagar sekolah.

Dia dilihat mengejar kucing itu namun tidak berjaya kerana kucing itu amat pantas melarikan diri. 

"Dalam sekolah pun bahaya, ada penculik haha" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 124K views, 7,698 likes dan 357 comments di TikTok, rata-rata netizen turut rasa terhibur dengan gelagat budak perempuan ini dan boleh relate dengan tindakannya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Masalahnya tu bukan anak kucing dik nak letak dalam beg :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: