seismik

[VIDEO] Geng Pelajar Pergi Iftar Dekat Luar Tapi Tiba-Tiba Hujan Ini Buat Ramai Terhibur

Kesian betul nak iftar sama-sama tapi hujan pula.

Cover image via @rjaliesa (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti ramai yang boleh relate kan kalau kawan-kawan ajak iftar luar sama-sama?

Terutama sekali sembilan malam terakhir sebelum menjelang Syawal semestinya ramai yang ingin mengajak berbuka puasa bersama-sama untuk mencipta momen sebelum Ramadan berlabuh. 

Baru-baru ini, tular dalam sebuah video yang menunjukkan sekumpulan pelajar berbuka puasa telah meraih tumpuan ramai. 

@rjaliesa Kalau fyp kita post video ori haahahaha #fypage #suksisupsi original sound - rjnraliesa

Tiba-tiba hujan ketika sedang iftar

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rjaliesa di TikTok, kelihatan sekumpulan pelajar universiti awam sedang berbuka puasa bersama-sama di gelanggang bola keranjang. 

Dalam video itu dapat dilihat terdapat dua perbandingan iaitu sebelum iftar dan selepas iftar. Sebelum iftar memaparkan variasi jenis makanan berbuka dan mereka kelihatan amat teruja serta gembira untuk iftar bersama-sama. 

Namun, malang tidak berbau apabila hujan turun menyebabkan mereka kalut dan panik untuk membawa makanan bagi mencari tempat berteduh sehingga hujan reda.

Keadaan mereka dipaparkan dalam video tersebut amat kecoh kerana masing-masing cuba untuk melarikan diri dan berusaha 'melindungi' makanan berbuka itu. 

Yang paling menghiburkan hati, seorang pelajar lelaki telah menjerit "duduk duduk, siapa bangun, bayar" menyebabkan ramai yang ketawa dan terhibur mendengarnya.

"Hari-hari lain tak ada nya hujan, hari ini tiba-tiba hujan time iftar huhu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 996K views, 100K likes dan 570 comments di TikTok, rata-rata netizen turut rasa terhibur dengan gelagat mereka.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Admin pun ikut terhibur tengok mereka terutama part menjerit :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: