seismik

[VIDEO] Pemuda Ragu-Ragu Boleh Makan Ke Tak Pagi Raya Ini Buat Ramai Boleh Relate

Semua faham perasaan ini kan.

Cover image via @adameji7 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak lama lagi seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri

Pasti ramai yang teruja tidak sabar untuk menantikan Syawal yang bakal menjelang tiba. Membuat persiapan raya seperti membeli barang-barang basah untuk memasak, pulang ke kampung halaman untuk berjumpa keluarga tersayang.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam TikTok apabila sebuah video yang menunjukkan POV teragak-agak nak makan setiap pagi raya telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video perkongsian itu di bawah:

Buat situasi Muslimin teragak-agak nak makan setiap pagi raya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @adameji7 di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang membuat konten POV di meja makan pada pagi Syawal. 

Dalam video berkenaan, dia yang memakai baju putih dan bersongkok hitam dilihat teragak-agak untuk menjamah makanan di atas meja makan kerana sudah terbiasa berpuasa selama 30 hari. 

Oleh itu, dia telah bertanya kepada adik-beradiknya untuk mendapatkan kepastian dan jawapan yang telah diberi telah menyebabkan dia tersipu malu dan terpaksa cover dengan mengucapkan selamat hari raya dalam nada janggal. 

"Pagi raya je nak makan mesti rasa janggal" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 206.4K views, 29.5K likes dan 310 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dan boleh relate dengan POV ini.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Mesti admin pun macam ni pagi raya nanti :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: