seismik

Ini 5 Jenis Sukan SEA Games 'Underrated' Yang Minoriti & Tidak Diketahui Ramai

Malaysia pun ada hantar wakil dalam sukan ini ya.

Cover image via Astro Awani

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sukan Asia Tenggara atau SEA Games 2023 menjadi acara sukan yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia pada bulan Mei ini

Sukan SEA 2023 juga akan menyaksikan Kemboja menjadi negara tuan rumah bagi edisi ke-32 dan bakal mempertandingkan 40 jenis sukan.

Umum mengetahui jenis-jenis sukan yang mendapat liputan meluas dan menjadi perbualan khayalak ramai adalah sukan renang, bola sepak, badminton.

Namun terdapat juga pelbagai sukan lain yang menarik yang akan dipertandingkan dalam acara sukan ini. Malahan, ada juga yang turut menyumbangkan pingat kepada negara.

Berikut adalah lima jenis sukan minoriti, 'underrated' dan tidak banyak diketahui oleh ramai orang dalam Sukan SEA.

1. Chinlone

Image via Berita Harian

Sukan chinlone ini merupakan sukan tradisional Myanmar yang seakan-akan sepak takraw namun berbeza dari segi kuantiti pemain dan cara permainannya.

Chinlone adalah satu sukan di mana peserta akan bermain dalam satu bulatan dan memastikan bola tersebut tidak jatuh. Ia juga merupakan gabungan sukan dan tarian.

Chinlone dimainkan seramai enam orang sebagai satu pasukan menggunakan bola takraw yang bersaiz lebih besar berbeza dengan sepak takraw yang memerlukan jumlah pemain sebanyak tiga lawan tiga atau dua lawan dua dalam gelanggang petak.

Tahukah anda bahawa skuad chinlone negara juga pernah menjadi penyumbang emas pertama buat Malaysia dalam Sukan SEA Ke-29.

2. Fin swimming

Image via Utusan Malaysia

Fin swimming merupakan acara sukan akuatik yang menggunakan peralatan seperti satu sirip untuk setiap kaki (bifin) atau sirip kaki tunggal yang memegang kedua-dua belah kaki seperti kaki duyung (monofin).

Yang menariknya Sukan SEA edisi kali ini adalah kita bakal menyaksikan atlet termuda Malaysia yang baru berusia 11 tahun iaitu Zara Aleesya Mohamad Suadi mewakili acara sukan renang ini di Phnom Penh, Kemboja.

Tak sabar kan!

3. Teqball

Image via CNN

Teqball adalah sukan baharu yang menggabungkan antara bola sepak dan pingpong, dengan empat pemain mengelilingi meja melengkung, melakukan servis tampar dan menanduk bola ke depan serta ke belakang.

Selain itu, cara permainan teqball ini hampir sama dengan sepak takraw yang memerlukan pemainnya menimbang dan 'servis' bola kepada pihak lawan namun sukan ini mempunyai peraturan tersendiri.

Kawalan bola teqball juga sangat mudah melantun berbanding bola takraw.

Fakta menarik, adakah anda tahu yang legenda bola sepak dari Brazil, Ronaldinho telah dilantik menjadi duta dan mula memperkenalkan sukan teqball kepada dunia sehingga ia dilihat satu fenomena baharu dalam sukan bola sepak?

4. Floorball

Image via Berita Harian

Mungkin ramai yang tersilap menyangka bahawa sukan floorball ini adalah sukan hoki padang yang biasanya kita tengok namun sebenarnya bukan.

Terdapat pelbagai perbezaan antaranya adalah kayu yang digunakan mempunyai kayu karbon grafit yang berwarna terang iaitu kira-kira tiga kaki panjang dan bola yang digunakan juga diperbuat daripada plastik.

Floorball
juga biasanya dimainkan dalam bangunan dan memerlukan seramai lima pemain sahaja berbanding hoki yang kebiasaannya adalah 11 pemain.

5. Seni mempertahankan diri tradisional Kemboja

Kun Bokator

Image via Cambodia Expats Online

Kun Khmer

Image via ONE Championship

Kun Bokator dan Kun Khmer merupakan seni bela diri tradisional yang berasal dari Kemboja.

Ia menjadi antara jenis sukan berbentuk seni bela diri daripada 40 jenis sukan yang bakal dipertandingkan pada Sukan SEA edisi ke-32.

Tahukah anda bahawa Kemboja telah menggantikan nama "Muay Thai" kepada "Kun Khmer" untuk merujuk kepada sukan tinju kickboxing berkenaan dan juga telah mengeluarkan istilah Muay Thai daripada semua rujukan kepada sukan itu?

Menarik bukan Sukan SEA pada kali ini? Jadi, jangan lupa sama-sama saksikannya pada 5 hingga 17 Mei ini okay!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: