seismik

[VIDEO] Gadis Selamba Borak Dengan Biri-Biri Sambil Tunggu Traffic Light Ini Bikin Dekah

Paling kelakar mereka bercakap dalam bahasa biri-biri tu.

Cover image via @cekiahhh (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari Raya Aidilfitri kini menjelang lagi dengan suasananya yang lebih meriah bersama keluarga dan sanak-saudara

Ramai yang teruja untuk menyambut Syawal kali ini bersama keluarga tersayang dan pasti tidak sabar untuk pergi berjalan-jalan ke rumah untuk beraya sakan.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan sebuah keluarga sedang menunggu lampu isyarat telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video perkongsian itu di bawah:

@cekiahhh Sementara tunggu traffic light kita sembang sembang dulu #fyp #eidmubarak original sound - Afina Noor Ree

Bercakap dengan biri-biri sambil tunggu lampu isyarat hijau

Menerusi video yang dimuat naik oleh @cekiahhh di TikTok, kelihatan individu dalam kereta sedang berkomunikasi bersama seekor biri-biri sementara menunggu lampu isyarat bertukar kepada hijau. 

Paling menariknya, mereka bercakap dengan biri-biri tersebut dengan mengembek. Biri-biri berkenaan juga dilihat membalas teguran mereka sambil diawasi oleh pemiliknya.  

Biri-biri itu dilihat berada di dalam sebuah bakul atas motosikal sambil dibonceng oleh seorang pemuda yang turut menunggu lampu isyarat. 

"Amboi peramah nya dia tu haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 577.4K views, 99.1K likes dan 1,134 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberi komen yang mencuit hati mengenai kejadian ini. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via googleapis.com

Comel betul biri-biri ni, geram tengok :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: