seismik

[VIDEO] Wanita Cuba Tahan Kereta Tengah Jalan Di Port Dickson Ini Buat Ramai Risau

Terkejut tengok tiba-tiba mak cik ni datang tahan kereta.

Cover image via @bckupacc99 (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari Raya Aidilfitri merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh semua umat Islam seluruh dunia

Menikmati juadah yang pelbagai dihidangkan, beraya di rumah sanak-saudara dan kawan-kawan sekaligus berjumpa dengan mereka yang sudah lama tidak pulang ke kampung.

Namun lain pula yang jadi, apabila tular dalam sebuah video di Twitter yang menunjukkan seorang wanita memberhentikan sebuah kereta telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video perkongsian itu di bawah:

Cubaan menahan kereta yang sedang bergerak di lampu isyarat

Menerusi ciapan berkenaan, kelihatan seorang wanita cuba memberhentikan kereta yang sedang bergerak di persimpangan lampu isyarat yang sedang bertukar hijau di Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Dalam video itu memaparkan, wanita berbaju oren tersebut cuba menghalang Proton Wira hitam berkenaan daripada membelok di persimpangan lampu isyarat namun tidak berjaya.

Difahamkan sehingga sekarang, kesahihan berkenaan kejadian tersebut masih tidak dapat dikenal pasti lagi.

Kejadian itu juga telah mendapat perhatian polis dalam satu kenyataan media pada Ahad lalu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Muhamad Mustafah Hussin berkata, wanita itu boleh membahayakan dirinya sendiri dan tindakannya itu dapat menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Polis menggalakkan wanita itu datang ke ibu pejabat polis daerah Port Dickson atau balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya.

"Kak, salah tu kak, tolak kena dari belakang kak, bukan macam tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 874.5K views, 5,284 likes dan 40 comments di Twitter, rata-rata netizen turut risau dengan keadaan wanita ini yang bertindak seperti itu. Namun, ada juga komen netizen yang mencuit hati berkenaan kejadian berkenaan. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Admin pun tak tahu kesahihan kejadian tersebut, tapi apa-apa pun harap akak tu okay dan dipermudahkan segala urusan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: