seismik

[VIDEO] Ramai Setuju Tindakan Polis Tahan Ramai Mat Rempit Buat Bising Masa Pagi Raya

Orang nak raya tapi mereka buat bising macam ni pula.

Cover image via @isusemasaviral (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari Raya merupakan hari yang paling dinanti-nantikan umat Islam pada setiap tahun

Hal ini disebabkan, semua keluarga dan sanak saudara akan berkumpul beramai-ramai pada pagi raya. Anak-anak perantauan juga akan pulang ke rumah untuk beraya bersama keluarga tersayang. 

Sudah semestinya, pada waktu pagi kita akan menyediakan juadah lebaran atau bersiap sakan untuk beraya di rumah saudara-mara. 

Namun lain pula yang jadi, apabila tular dalam sebuah video di Twitter yang menunjukkan golongan mat rempit sedang membuat bising telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Kena tahan dengan polis trafik

Menerusi ciapan berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki menaiki motosikal sedang lepak dan membuat bising di sebuah kawasan sehingga menggugat ketenteraman orang awam dengan bunyi motosikal mereka.

Dalam video itu memaparkan kawasan tersebut kelihatan amat sibuk dengan mat-mat rempit ini dengan bunyi yang membingitkan dan mereka dilihat merayau-rayau di kawasan berkenaan. 

Namun semua itu bertukar menjadi reda apabila kedatangan polis trafik di kawasan tersebut yang dilihat telah menahan mat rempit ini kerana buat bising dan mengarahkan mereka untuk menolak motosikal masing-masing ke sebuah tempat.

Hal ini telah menyebabkan ramai penduduk setempat tidak melepaskan peluang untuk melihat kejadian berkenaan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Dataran Penggaram, Batu Pahat Ahad lalu dan seramai 47 penunggang motosikal berumur lingkungan 15 sehingga 30 tahun telah ditahan.

"Elok pula berbaris bawa motor haha" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 574.2K views, 6,656 likes dan 103 comments di Twitter, rata-rata netizen turut bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh pihak polis. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Tulah buat bising lagi dekat kawasan rumah orang, habis kena tahan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: