seismik

[VIDEO] Gelagat Keluarga Bagi Duit Raya Untuk Letak Dalam Plastik Ini Bikin Dekah Ramai

Memang kreatif betul idea ini ya.

Cover image via @qirahbashah (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari Raya Aidilfitri kini menjelang tiba, pastinya ramai yang amat teruja dan tidak sabar untuk meraikannya

Ditambah pula, ketika ini adalah peluang keluarga yang sudah lama tidak berjumpa untuk meluangkan masa bersama-sama dan pergi ke rumah saudara-mara untuk beraya.

Sudah semestinya rutin pada setiap pagi raya kita akan menyediakan duit raya untuk diberi kepada ahli keluarga yang masih muda dan juga saudara-mara lain. 

Namun lain pula yang jadi apabila tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang wanita memberi duit raya telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@qirahbashah satu genggam dapat berapa? tengok total dekat part 2 #raya2023 #fyp #firstraya #salamraya Funny Song - Cavendish Music

Beri pilihan berapa genggam dan letak duit syiling dalam plastik

Menerusi video yang dimuat naik oleh @qirahbashah di TikTok, kelihatan sebuah keluarga sedang bersalaman untuk bermaaafan sebelum memberi duit raya pada pagi raya di ruang tamu rumah mereka.

Yang menariknya, seorang wanita telah membuat satu game duit raya di mana adik lelakinya disuruh memulakan permainan dengan menggunakan aplikasi spin the wheel dalam telefon kakaknya.

Dalam video itu, lelaki yang berbaju melayu lengkap berkenaan diberi pilihan untuk memilih antara berapa banyak genggam dan menekan 'spin' dalam aplikasi tersebut.

Paling memeranjatkan, kakaknya telah mengeluarkan kotak kasut yang dipenuhi dengan duit syiling dan turut membuka balutan plastik untuk bersedia. 

Hal ini bertujuan untuk menentukan berapa banyak duit raya yang akan digenggam untuk diberikan kepada adik lelakinya. 

Di akhir video tersebut, dilihat lelaki itu memperoleh satu genggam dalam permainan berkenaan dan tergelak selepas mendapat duit syiling dalam plastik.

"Ini lah game duit raya yang paling kelakar buat masa ini haha" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 2.2M views, 194.1K likes dan 3,027 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat mereka sekeluarga dan memberi komen yang mencuit hati mengenai permainan tersebut. Ada juga yang kagum dengan idea wanita itu yang dianggap amat kreatif dan rare.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Comel je min tengok gelagat mereka di pagi raya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: