seismik

Jualan Tiket Festival 'Aku.Muzik &Kamu' Laris, Lebih 50% Terjual Dalam Masa 24 Jam

Konsert lapan jam menampilkan enam kumpulan Malaysia dan tiga kumpulan Indonesia.

Cover image via coactionmagic (Instagram)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Festival Aku.Muzik&Kamu yang menjadi viral di platform media sosial telah menjual lebih 50% tiket dalam masa 24 jam selepas pembukaan jualan tiket pada 7 April lalu di Johor Bahru

Festival Aku.Muzik&Kamu adalah festival muzik terbesar dan pertama di Johor Bahru yang mengumpulkan band-band terkenal Malaysia dan Indonesia yang akan memeriahkan Stadium Educity di Iskandar Puteri pada 20 Mei 2023.

Festival yang julung kali diadakan di Iskandar Puteri bakal menampilkan kumpulan-kumpulan hebat seperti Ungu, Hujan, Bunkface, D'Masiv, Spider, 6ixth Sense, Kerispatih, Akim & The Majistret dan Insomniacks.

Ketua Eksekutif Coaction Events Sdn Bhd (CESB), David Emir Bareng berkata sebanyak 15,000 tiket konsert dibuka untuk jualan bermula 3 April 2023 dan sehingga 5 April 2023, lebih daripada 60% telah terjual, dengan kategori Galau sudah habis dijual sepenuhnya.

Jualan tiket festival ini telah berjaya menarik minat pengikut genre rock indie yang telah lama menantikan konsert ini.

"Pihak kami gembira melihat sambutan yang kuat daripada peminat. Walaupun kami tahu bahawa konsert ini akan popular, kadar jualan tiket melebihi jangkaan," kata Bareng.

Beliau menambah bahawa CESB berkomitmen untuk membawa acara gaya hidup dan korporat yang berimpak tinggi ke kawasan tersebut.

Penyanyi utama Hujan, Noh Salleh, menyuarakan kegembiraannya untuk tampil di Johor kerana kali terakhir kumpulan itu tampil di Selatan Semenanjung adalah sebelum pandemik Covid-19

"Kami mempunyai ramai peminat di Selatan Malaysia, termasuk di Singapura dan Indonesia. Kami gembira dapat bekerjasama dengan CESB untuk membuat persembahan di Festival muzik Aku.Muzik&Kamu kerana ia akan disajikan dalam format yang sangat menarik, dan bersama-sama barisan band yang hebat," kata Noh.

Walaupun pintu konsert dibuka pada jam 12 tengahari dan persembahan bermula pada jam 3 petang, stadium Educity dijangka meriah dengan aktiviti-aktiviti riadah dan pada masa yang sama turut berlangsung festival makanan “MaQan Space x Aku.Muzik&Kamu” yang mengumpulkan lebih 50 peniaga yang menyajikan pelbagai jenis makanan dan snek tempatan.

Festival Aku.Muzik&Kamu & Tentang Co:action Events Sdn Bhd (CESB)

Festival muzik terbesar di Johor Bahru pada 20 Mei 2023 bakal menampilkan kumpulan-kumpulan Malaysia dan Indonesia.

Terdapat juga persembahan daripada D’Masiv, Spider, 6ixth Sense, Kerispatih, Akim & The Majistret dan Insomniacks.

Dengan barisan artis yang menarik, bersedialah untuk menikmati konsert selama lebih lapan jam dan mencipta memori terindah di Festival Aku.Muzik&Kamu.

Untuk pertanyaan tiket, e-mel [email protected] atau layari laman web ticket2u.com untuk bantuan Livechat.

Co:action Events adalah syarikat perancangan acara dan kurator kandungan profesional yang menyediakan perkhidmatan sepenuhnya berasaskan gaya hidup. Kami komited untuk memastikan setiap butiran dilaksanakan dengan sempurna agar pelanggan tidak perlu risau.

Co:action Events telah berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai acara, dari persidangan perniagaan dan makan malam yang melibatkan lebih daripada 1,000 orang dan juga mesyuarat peribadi yang intim.

Untuk pertanyaan, hubungi Co:action Events di [email protected] dan ikuti laman media sosial @coactionmagic di Facebook dan Instagram.

Acara ini juga disokong oleh Tourism Malaysia dan Tourism Johor. Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook, Instagram dan TikTok @coactionmagic.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: