seismik

[VIDEO] Sekumpulan Lelaki Terjumpa Salamander Masa Malam Raya, Rupa-Rupanya Ikan Keli

Kenapa sampai terdampar atas tanah tu?

Cover image via @pu.duls (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui, Hari Raya Aidilfitri telah jatuh pada hari Sabtu, 22 April lalu

Jadi sudah pasti pada malam raya tersebut, ramai yang sibuk menyediakan barang-barang keperluan raya lain seperti meletakkan duit raya ke dalam sampul, memasak juadah raya dan membakar lemang.

Namun, lain pula yang jadi apabila tular dalam sebuah video yang menunjukkan sekumpulan lelaki terjumpa sesuatu pada malam raya telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@pu.duls Tengok kitaorang jumpa apa malam raya. TW : carutan #fy #fyp #gorgon #raya original sound - PitzaDimulut

Ingat jumpa salamander, tapi rupanya ikan keli terdampar atas tanah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @pu.duls di TikTok, kelihatan sekumpulan lelaki sedang merakam video mereka terjumpa sesuatu benda di atas tanah di luar rumah ketika malam raya.

Pada mulanya, mereka menyangka itu adalah salamander namun ternyata ikan keli bersaiz besar yang masih hidup.

Dalam video itu memaparkan, mereka sedang berbual sesama sendiri tentang pandangan masing-masing berkenaan apakah benda itu dan tiba-tiba, ikan tersebut dilihat bergerak menyebabkan mereka amat terkejut dan lari.

"Dia baru gerak sikit, kalau kejar tu tak tahu lah haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.4M views, 218.5K likes dan 3,150 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat mereka dan memberi komen yang mencuit hati mengenai kejadian tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kelakar betul tengok mereka terkejut bila ikan keli tu bergerak :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: