[TIPS] Untuk Lelaki Tumbuh Jambang Dengan Lebih Cepat Dan Tebal
Kalau suka simpan boleh lah cuba.
Bagi sesetengah lelaki, jambang merupakan satu keistimewaan buat mereka
Malah, lelaki yang ada jambang ini kebiasaannya disifatkan lebih maskulin. Jadi, tidak hairanlah ia menjadi trend fesyen yang diminati ramai.
Namun, bukan semua lelaki mempunyai keistimewaan untuk jambang tumbuh di wajah mereka. Ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya adalah genetik, hormon dan macam-macam lagi.
Bagi anda yang ingin mencuba untuk tumbuh jambang dengan lebih cepat dan tebal, anda mungkin boleh ikuti tips di bawah ini. Selamat mencuba!
1. Kurangkan bercukur
Untuk mendapatkan jambang yang lebih cepat dan tebal, anda dinasihatkan agar kurang untuk bercukur di wajah. Cuba untuk tidak bercukur selama beberapa hari dan anda memilikinya dengan cara yang paling mudah kerana ia hanya memerlukan penjagaan asas sahaja untuk memastikan gaya itu kekal.
2. Berhenti merokok
Berhenti merokok adalah salah satu cara menumbuhkan misai dan janggut yang boleh dilakukan untuk anda yang perokok. Tabiat merokok aktif dan pasif telah dikaitkan dengan keguguran rambut. Berhenti merokok menghalang misai dan janggut anda daripada tumbuh dengan mengurangkan kerosakan dan keradangan saluran darah.
3. Urut wajah
Untuk merangsang pertumbuhan rambut di wajah anda, urutan secara teratur adalah suatu benda yang perlu dilakukan. Mengurut wajah akan meningkatkan lagi peredaran darah ke kawasan tersebut dan membantu nutrien mencapai folikel rambut sehingga rambut tumbuh lebih cepat dan lebih tebal.
4. Bersenam
Walaupun tiada bukti yang dibuat terhadap hubungan antara aktiviti senaman boleh meningkatkan pertumbuhan bulu jambang. Tetapi kajian mendapati bersenam memang antara salah satu cara untuk meningkatkan tahap hormon testeron dalam badan. Testerone yang tinggi boleh memainkan peranan yang penting dalam proses penumbuhan jambang.
5. Guna minyak kelapa
Cara seterusnya adalah dengan menggunakan minyak kelapa. Menyapu dan mengurut minyak kelapa pada wajah anda adalah salah satu cara terbaik untuk mencuba, anda juga boleh menggabungkannya dengan minyak rosemary. Anda hanya urut janggut anda dengan minyak kelapa sahaja. Untuk mendapatkan lebih banyak manfaat, hanya panaskan sedikit minyak. Sapukannya dengan bantuan bola kapas dan biarkan selama sekurang-kurangnya 15 minit. Untuk hasil terbaik, lakukan ini tiga kali seminggu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!