seismik

Kulit Berjerawat? Ini 5 Tips Cara Memakai Solekan Dengan Selamat Di Wajah Anda

Penjagaan kulit sangat penting ya!

Cover image via Garnier & Today

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memakai solekan di atas jerawat yang masih aktif mungkin akan memberikan kesan terhadap kulit muka kita

Walaupun anda menutupi benjolan dengan makeup, ia boleh menyebabkan kulit anda kelihatan dan berasa lebih teruk pada keesokan harinya jika anda tidak menjaga tempat itu dengan baik.

Mungkin anda merasa malu dan kurang konfiden jika tidak menutupi jerawat anda betul tak? Jadi, apa yang anda perlu lakukan supaya anda tidak mendapat kesan lebih teruk? Jom kami kongsikan kepada anda 5 tips ini di bawah:

1. Mulakan dengan muka yang bersih

Gambar sekadar hiasan.

Image via Wolipop

Mempunyai kulit berjerawat atau tidak berjerawat, tiada yang lebih penting daripada memulakan rutin anda dengan membersihkan wajah anda terlebih dahulu sebelum anda menggunakan sebarang solekan.

Ia adalah penting untuk memastikan kulit anda dibersihkan dari segala kotoran pada wajah. Jadi, ia tidaklah kacau semasa anda mahu bersolek nanti.

2. Cuba pakai acne patch

Gambar sekadar hiasan.

Image via Facetory

Sebaik-baiknya, anda dinasihatkan agar tidak menggunakan solekan pada bintik-bintik jerawat yang aktif. Jika anda perlu ke acara besar dan perlu berjumpa ramai orang, cuba dan gunakan ubat clindamycin atau tampalan jerawat di bawah solekan anda untuk memastikan makeup anda tidak mengganggu jerawat.

3. Pastikan berus alat solek dan span anda bersih

Gambar sekadar hiasan.

Image via Purplle

Kulit yang berjerawat sememangnya lebih sensitif dan lebih mudah terdedah kepada jangkitan bakteria. Pastikan semua berus dan span anda benar-benar bersih. Berus dan span yang kotor dan terpakai adalah tempat pembiakan bakteria.

Anda juga boleh membasmi kuman produk solekan anda seperti gincu pepejal, pemerah pipi, palet mata dengan menggunakan pembersih semburan seperti Makeup Disinfectant Mist untuk meningkatkan kebersihan.

4. Gunakan alat solek yang dibuat khusus untuk kulit berjerawat

Gambar sekadar hiasan.

Image via Healthline

Jika anda mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, itu menjadikan pilihan produk solek anda lebih penting. Segala yang berlaku pada kulit anda harus berwaspada kepada kulit anda, berbanding dengan meninggalkannya berasa teruk.

Pastikan anda memilih produk bebas minyak, tidak komedogenik, tidak menyekat liang roma. Pilih asas yang tidak terlalu melembapkan dan produknya ringan dan tidak berbau. Ini sangat membantu dalam memastikan produk anda tidak akan membuat kulit anda semakin teruk.

5. Sentiasa tanggalkan solekan anda pada penghujung hari

Gambar sekadar hiasan.

Image via Be Beautiful

Akhir sekali, sentiasa ingat untuk menanggalkan solekan anda pada penghujung hari dengan makeup remover. Micellar water berkesan dan bagus untuk menanggalkan solekan yang sukar serta-merta dan sangat lembut pada kulit anda. Jadi, pentingnya hilangkan segala solekan sebelum anda tidur.

Mungkin tips-tips ini dapat membantu anda, tapi kalau dah teruk sila dapatkan nasihat doktor ya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: