seismik

Ada SIM Kad 1Malaysia Pula? Ini 10 Perkara Yang Kami Jumpa Di Laman Web SR1M

Anda boleh lihat sendiri pada laman web rasmi SR1M.

Cover image via therakyatpost.com

Sim Kad Rakyat 1Malaysia ini...

1. Merupakan usaha kerajaan dalam menyediakan kehidupan yang lebih sempurna untuk rakyat Malaysia

Image via www.sr1m.com.my

Sejajar dengan usaha kerajaan dalam menyediakan kehidupan yang lebih sempurna dengan memperkenalkan produk-produk 1Malaysia, maka Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M) akan menambahkan satu lagi produk 1Malaysia yang secara jelas memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Produk yang bakal diperkenalkan ini bukan sahaja akan ditawarkan dengan harga rendah malah ianya juga mempunyai kualiti yang setanding dengan jenama lain yang menyediakan perkhidmatan yang sama di Malaysia.

sr1m.com.my

2. Memberi harapan baru kepada rakyat untuk menggunakan sistem telekomunikasi yang terkini dan canggih

Image via bharian.com.my

Memperkenalkan talian baru untuk rakyat Malaysia, Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M)!

Kadar rendah yang hanya ditawarkan melalui SR1M akan secara tidak langsung memberi harapan baru kepada rakyat atau golongan berpendapatan rendah untuk menggunakan sistem telekomunikasi yang terkini dan canggih seperti perkhidmatan jalur lebar dan 4G.

Ini sekaligus akan merealisasikan harapan kerajaan untuk menggalakkan penggunaan telefon pintar oleh setiap rakyat di negara ini.

sr1m.com.my

3. Menjadikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana sebagai sasaran pengguna utama, manakala lepasan sekolah merupakan golongan sasaran kedua

Image via www.sr1m.com.my

Sasaran pengguna utama adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak kira di luar bandar atau di bandar. Pengguna daripada kalangan lepasan sekolah pula merupakan golongan sasaran kedua yang berpotensi untuk menikmati kadar rendah SR1M.

Selain daripada itu, usaha mencambahkan peniaga Bumiputera yang baru dalam bidang telekomunikasi juga amat dititikberatkan dalam menjayakan program ini.

sr1m.com.my

4. Mempunyai dua laman web iaitu www.sr1m.com.my dan sr1m.blogspot.com

Laman web rasmi: www.sr1m.com.my.
Blogspot: sr1m.blogspot.com.

5. Merupakan inisiatif daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) dan Optic Tech Sdn Bhd dengan kerjasama Clixster

Image via SAYS.com

Produk SR1M ini adalah hasil inisiatif daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) dan merupakan salah satu daripada produk-produk Rakyat 1Malaysia yang di dokong oleh pihak kementerian.

Inisiatif ini adalah merupakan hasil usaha pihak Optic Tech Sdn Bhd sebagai pengedar tunggal dengan kerjasama Clixster sebagai rakan kongsi dalam menyediakan jaringan telekomunikasi yang terkini dan mampu milik untuk rakyat Malaysia.

sr1m.com.my

6. Membolehkan anda tambah nilai pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada

Image via Facebook SR1M

Tambah nilai di mana-mana pengedar SR1M yang memaparkan tanda SR1M yang terdapat di pelbagai lokasi di seluruh negara, termasuk di cawangan pengedar SR1M dan kedai serbaneka terpilih.

Anda boleh menambah nilai pada bila-bila masa dan di mana jua supaya anda boleh terus berhubung dengan kenalan anda.

sr1m.com.my

7. Mengumpul sebanyak hampir 14,000 'likes' pada laman Facebook setakat 17 Mac 2015 jam 7 malam

Image via Facebook SR1M

Facebook Sim Kad Rakyat 1Malaysia di sini.

8. Memerlukan anda untuk mendaftar sendiri nombor telefon melalui laman web SR1M selepas membeli sim kad tersebut

Image via www.sr1m.com.my

9. Mempunyai sebanyak 198 pengedar sah di seluruh Malaysia, 44 sahaja di Selangor

Image via www.sr1m.com.my

10. Memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjadi pengedar bagi sesiapa yang berminat

Image via Facebook SR1M

Sekarang, siapa 'excited' dengan Sim Kad Rakyat 1Malaysia?

Image via Facebook

Anda juga mungkin meminati:

Leave a comment