seismik

Adakah Perlu Qadha’ Solat Zohor Jika Haid Datang Pada Waktu Asar? Sini Ada Penjelasannya

Ramai wanita yang masih keliru tentang perkara ini.

Cover image via The Ideal Muslimah

Solat merupakan ibadah yang menjadi tunjang agama Islam dan umat Islam tidak dapat dipisahkan dengan amalan solat kerana ia merupakan kewajiban yang mesti ditunaikan

Image via English Ahram

Bagi seorang Muslim yang telah baligh, maka solat lima waktu sehari semalam diwajibkan ke atasnya.

Allah SWT memerintahkan umat Islam mengerjakan solat dalam firman-Nya: Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada permulaan malam. (Hud:114).

Namun begitu, timbul persoalan sekarang adakah wajib seorang wanita yang sedang haid menggantikan solat fardhu yang ditinggalkannya?

Image via Shutter Stock

Adalah haram bagi wanita yang sedang haid solat dan wanita ini tidak perlu menggantikan solat fardhu yang ditinggalkannya.

Apabila seseorang wanita sedang didatangi haid, wanita ini tidak boleh solat, puasa, tawaf, bersetubuh dengan suami dan tidak boleh duduk dalam masjid.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang wanita sering lupa. Salah satunya, adakah anda sedar bila anda didatangi haid?

Adakah sewaktu didatangi haid itu, anda sudah solat Subuh? Adakah anda sudah solat Zohor? Adakah anda sudah solat Asar? Adakah anda sudah solat Maghrib? Adakah anda sudah solat Isyak?

Jika anda sudah tahu, maka anda perlu ingat bahawa anda sudah tertinggal solat kerana melewatkan waktu solat.

Namun demikian, sekiranya seorang wanita itu bermula haidnya pada waktu Asar, sedangkan dia sudah menunaikan solat fardhu Zohor, maka dia hanya wajib untuk menunaikan qadha solat fardhu Asar selepas suci jika dia tidak sempat solat sebelum datangnya haid.

Image via Amazing Nara

Begitu juga jika wanita itu sudah pun melaksanakan solat Asar, kemudian baru menyedari datang haid pada waktu Asar itu juga, maka dia tidak perlu mengqadha solat Zohor dan Asar kerana dia sudah selesai melaksanakan kedua-duanya.

Tidak menjadi syarat sah suatu solat itu mesti sah juga solat fardhu selepasnya, atau datang penghalang (seperti haid dan gila) pada waktunya sedangkan solat-solat fardhu itu sudah pun dilaksanakan.  

Persoalan yang kedua pula adalah adakah anda sedar bila anda suci dari haid?

Image via Firaq

Apabila anda sudah tahu bila anggaran anda suci haid, anda perlu berhati-hati.

Misalnya, andai anda sudah suci dari haid ketika sebelum masuknya waktu Maghrib. Anggarannya anda sempat solat Asar satu rakaat tapi anda masih tidak mandi wajib lagi. Selepas mandi wajib, anda perlu menggantikan solat Asar itu. Disebabkan solat Asar adalah termasuk solat yang boleh dijama'kan, anda perlu solat Zohor juga.

Kata Imam al-Nawawi Rahimahullah: “Yang sahih di sisi kami (mazhab al-Syafie) bahawa mereka yang uzur wajib untuk melaksanakan solat Zohor jika dia sempat melaksanakan apa yang wajib dengannya dalam solat Asar (apabila hilang uzurnya). Inilah pendapat Abdurrahman bin Auf, Ibn Abbas, ahli fiqh Madinah yang tujuh, Ahmad, dan selain mereka. Manakala kata al-Hasan, Qatadah, Hammad, al-Thauri, Abu Hanifah dan Malik, tidak wajib ke atas orang itu.)”

Image via Daily Moslem

Ini kerana waktu Asar adalah waktu uzur bagi solat Zohor dan waktu Isyak adalah waktu uzur bagi solat Maghrib. Waktu uzur di sini boleh diertikan sebagai ‘waktu kecemasan’ iaitu waktu yang dibenarkan penangguhan solat fardhu ke waktu solat fardhu yang lain disebabkan suatu keuzuran dan kepayahan seperti musafir.  

Dalam konteks haid, wajib bagi wanita itu qadha waktu pertama bukan hanya kerana ianya bersifat afdhal (lebih baik) tetapi wajib kerana waktu kedua adalah waktu uzur bagi solat pertama.

Buktinya seperti kata Imam al-Syirazi Rahimahullah dalam kitab al-Muhazzab: Dalilnya ialah bahawa waktu Asar bersama waktu Zohor, dan waktu Isyak bersama waktu Maghrib adalah hak orang yang uzur yakni musafir. Maka, mereka yang berada dalam kategori uzur (seperti wanita berhaid apabila suci, orang gila apabila sedar dan lain-lain), waktu kedua itu adalah waktu solat pertama di sisi mereka.”

Untuk memudahkan pemahaman, Fatimah datang haid pada 1 haribulan Mac jam 6.00 petang sedangkan dia masih belum menunaikan solat fardhu Asar

Image via Berhijrah

Maka, apabila Fatimah suci kelak, dia wajib mengqadha solat fardhu Asar yang dia tidak tunaikan pada 1 haribulan itu. Fatimah tidak wajib mengqadha’kan solat fardhu Zohor yang sudah selesai dia tunaikan pada hari itu.

Pada 7 haribulan Mac, jam 6.00 petang, Fatimah yang sudah suci daripada haid dan mandi wajib, wajib untuk mengqadhakan solat fardhu Asar bagi 1 haribulan yang lalu dan solat fardhu Zohor pada hari ini, dan menunaikan solat fardhu Asar pada waktunya.

Sumber diambil daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Semoga selepas ini tiada lagi kekeliruan tentang haid dan qadha solat fardhu yang tertinggal

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: