"Ini Anugerah Yang Perlu Dijaga" - Bengah Sebak Tengok Afiatul Tamat Sekolah Tingkatan 7
"Segala kepujian tu untuk maha pencipta." - Bengah
Rasanya memang sudah ramai yang mengenali dua beradik lucu ini di laman sosial iaitu Bengah dan adik istimewanya Afiatul
Bengah dan Afiatul sangat dikenali di laman Facebook, Twitter dan Instagram dengan video-video lucu mereka yang menunjukkan keakraban dan kasih sayang dua beradik.
Aksi Afiatul pada setiap video sangat mencuit hati kerana dia merupakan seorang remaja perempuan istimewa berusia 19 tahun yang mengalami sindrom down tetapi dalam masa sama seorang yang aktif dan sangat bijak.
Dikenali sebagai 'Makhlok Macho' di laman sosial, Bengah atau nama sebenarnya Hammad Zamakhshari baru-baru ini memuat naik gambar Afiatul Salsabila yang berjubah biru dan berjalur keemasan pada hari graduasinya
Tahun ini merupakan tahun terakhir Afiatul bersekolah selepas belajar dalam aliran pendidikan khas di sekolah selama tujuh tahun.
Detik-detik istimewa itu telah dirakamkan oleh Bengah sewaktu Majlis Graduasi Ke-7 di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai di Kuala Lumpur.
Beliau kemudiannya memuatnaik video dan beberapa gambar tersebut di laman Instagram.
Beliau kemudiannya memuat naik sekeping gambar beliau bersama adik kesayangannya itu berserta caption pernghargaan kepada Afiatul. Memang sweet betul Bengah ni ya!
Dalam post tersebut Bengah menceritakan serba sedikit mengenai dirinya, Afiatul dan keluarganya. Kata Bengah, apa yang dilakukannya selama ini adalah cara beliau untuk menghargai adiknya itu.
"Di hari yang penuh bersejarah ni dan abang dapat juga bergambar dengan adik. jutaan terima kasih Bengah kepada yang menonton video, like gambar, follow up cerita dan komen yang tak terbalas.. Bengah nak bahasakan diri AKU dalam menceritakan perasaan terbuku ni. Aku ni anak no.3 dalam keluarga daripada 7 adik beradik dan Afiatul pula bongsu. dia istimewa. kenapa aku yang beria dan bukan adik beradik lain yang update tentang “Cik Pia kesayangan alam” ni? mudah soalan ni. seorang abang dan semua abang mesti ada caranya melayan kerenah adik beradik. dan aku ada kelebihan sedikit untuk tunjuk kepada yang nak tahu perkembangan atau aktiviti anak isimewa ni. takde la kelebihan mana pon. edit video ringkas dan tangkap gambar yang berkenaan kehidupan harian aku. dah menjadi kebiasaan bila ramai pula yang mengikuti kisah “Bengah & Afiatul” atau gelaran dan hashtag #AbangYangPenyayang diberi sejak mula tular pada tahun 2015.
Sungguh aku tidak menunjuk nunjuk tentang kehidupan yang senang. tapi aku cuba beri semangat dan contoh yang baik untuk sesiapa yang merasa terbeban atau pon malu dengan insan istimewa seperti Afiatul ni. segala kepujian tu untuk maha pencipta. aku pon bukan manusia yang nak dijadikan contoh tapi menerusi video yang aku rakam selagi hayat ada ni.. inilah anugerah yang perlu dijaga. kau yang baca ni buat jela faham. aku pon fikir apa kesudahan selepas Afiatul habis sekolah? dia masih ada Mak Ayah dan adik beradik yang lain termasuk la aku, abang yang menjaga dia. aku banyak masalah dan dugaan kehidupan yang berliku ni rasa kurang beban bila tengok adik sendiri macam tak ada masalah. yang ni memang lumrah siapa yang punyai ahli keluarga istimewa ni je faham. aku pon mintak dia berdoa supaya abang dia ni dipermudahkanNya atas urusan dan segala masalah senang selesai dan rezeki tak putus seperti air sungai yang mengalir walau ada batu batu halangan.
SOALAN orang bertanya.. “Cik Pia lepas habis sekolah kerja apa?” jawapannya. Ada la rezeki yang dah tertulis untuk dia. yang aku cakap lepas graduate boleh kerja Kepsi ngan Mekdi tu kenapa amek serius?
TERIMA KASIH RAKYAT INSTAGRAM. yang berada diluar negara mengikuti kisah kami adik beradik "
Dalam satu video yang berlainan, Afiatul kelihatan sedang mencium ibunya selepas saja menerima sijil tamat persekolahan. Rata-rata netizen sangat terharu dengan video tersebut dan mendoakan kesejahteraan Afiatul.
Dalam video sebelum-sebelum ini Bengah sering memberitahu bahawa Afiatul sedang berada di tingkatan 7 kerana adiknya itu sudah berusia 19 tahun
Buat pengikut video-video mereka, ini bukanlah lagi perkara yang pelik apabila mereka mendengar frasa "tingkatan 7" tersebut. Tetapi bagi mereka yang pertama kali mendengar perkataan tersebut pastinya akan berasa lucu. Betul tak?
Selain itu, Bengah turut memuatnaik gambar Afiatul bersama ibu kesayangan mereka. Katanya, dalam post tersebut perjalanan hidup Afiatul perlu diteruskan dan beliau yakin Afiatul akan berjaya kelak.
"Melihat raut wajah muka Mak dari gambar yang aku ambil dengan anaknya yang istimewa iaitu Afiatul Salsabiila yang baru sahaja selesai majlis anugerah graduasi. muka Mak gembira tak terkata.. ala hari anugerah graduasi je. relak ahhh.. ish! gila mana boleh relak. adik sendiri graduasi sebab tahun ni dia tamat zaman persekolahan. so dia yang istimewa ni takkan la nak sambung University Oxford pulak? haha. There is no ending yaa! perjalanan hidup harus diteruskan. DAN! apa akan beliau lalui seterusnya? sambung belajar? (insyaAllah jika ada rezekiNya) bekerja seperti apa yang dia idamkan iaitu makan kentang kerja kedai Kepsi atau Mekdi? (mungkin takkan terjadi) kesemua hala tuju Cik Pia kesayangan alam ni Allah SWT yang tentukan.
Dia istimewa... seperti down sindrome yang lain juga. ada yang boleh berinteraksi dengan masyarakat, ada yang pemalu dan ada yang tidak mahu atau tak boleh suai kan diri. apa yang aku boleh kongsi dekat semua. belum sesuai lagi Cik Pia nak bekerja. tidak terfikir dan terlintas untuk bagi dia kerja. cuma sekarang ni saja suka tengok bakat spontan dia mempromosikan produk dalam persembahan video atau gambar. ekspresi muka yang fotogenik dia..
Doa abang.. dan doa dari semua yang suka lihat Cik Pia kesayangan alam ni untuk dia terus sukses dalam kehidupan berjaya di dunia dan akhirat.. adik ada sesuatu sinar untuk keluarga kita yang abang tengah buat. doa kan keluarga kita berjaya sama sama.. *kesat peluh kat dahi"
#AbangYangPenyayang
#KesayanganAlam