seismik

Aiman Tino Tukar Lirik Lagu Sewaktu #AJL31. Adakah Disebabkan Status Facebook Lelaki Ini?

"Janganlah mati kerana cinta manusia. RUGI!" - Syahr Musafir

Cover image via SAYS

Malam semalam #AJL31 telah menjadi trending di laman sosial Twitter sewaktu berlangsungnya anugerah berprestij tinggi iaitu Anugerah Juara Lagu 31 di PWTC, Kuala Lumpur

Sebanyak 12 buah lagu telah dipertandingkan yang terdiri daripada pelbagai jenis genre. Bagaimanapun, nampaknya tuah menyebelahi Dayang Nurfaizah apabila merangkul gelaran juara anugerah tersebut menerusi lagu berjudul Lelaki Teragung.

Ini sekaligus melayakkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi. Bukan itu sahaja, Dayang turut memenangi kategori Vokal Terbaik menerusi lagu yang ditulis oleh Iman Imran tersebut.

Sementara itu, naib juara pula telah dimenangi oleh gandingan mantap Hafiz Suip dan Misha Omar menerusi lagu Terimaku Seadanya. Manakala, lagu Sudah Ku Tahu Nanyian kumpulan Projector Band telah diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.

Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh kumpulan Khalifah dengan lagu Hang Pi Mana. Dayang dan Khalifah masing-masing membawa pulang wang tunai RM12,000 dan telefon pintar Samsung Galaxy A dari Samsung beserta trofi AJL31.

Wajah-wajah baru seperti Aiman Tino dan Sufian Suhaimi juga turut bertanding dalam anugerah tersebut menerusi lagu-lagu mereka yang cukup hit sehingga ke hari ini

Disebabkan itu, ramai yang menantikan persembahan mereka kerana ini adalah kali pertama mereka dicalonkan dalam anugerah yang cukup hebat seperti itu.

Aiman Tino.

Image via Instagram @hotfm976

Sufian Suhaimi.

Image via Instagram @sufiansuhaimi_

Tetapi, sesuatu perkara pelik telah berlaku malam tadi yang mana Aiman Tino telah menukar lirik lagu yang didendangkannya yang menyebabkan lagu itu kedengaran 'lain' oleh orang ramai

Netizen berasa hampa kerana lirik yang ditukar oleh Aiman Tino menyebabkan lagu yang dinyanyikan kedengaran kurang enak di telinga orang ramai berbanding liriknya yang asal.



Sebenarnya keputusan itu telah dibuat oleh produksi AJL 31 kerana menganggap lirik itu mempunyai unsur-unsur kematian dan Aiman sendiri telah akur mengenainya. Malah, lirik baru yang diubah juga telah dibuat sendiri oleh Aiman.

Mungkin ramai tertanya-tanya mengapa ia diubah? Adakah status Facebook lelaki ini yang menyebabkan pihak produksi membuat keputusan seperti itu?

Status itu telah dimuat naik oleh pengguna Facebook, Syahr Musafir pada 16 November tahun lalu.

Dan status tersebut telah mendapat respon yang baik daripada orang ramai. Kebanyakannya bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh pengguna Facebook tersebut.

Beberapa bait lagu tersebut telah ditukar dan ramai berpendapat ia kedengaran kurang sedap berbanding lirik yang asal. Tonton video di bawah:

Lirik Asal:

Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu
Tak sanggup ku dibohongi

Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya di sana kekal dan abadi


Lirik AJL31:

Menghitung menunggu hari
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu
Tak sanggup ku dibohongi

Ku rela mengundur diri
Kerna dia ku kau mungkiri
Hanya tuhan saja yang mengerti

Jadi apa pendapat anda? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi berita hiburan:

Jom throwback #AJL30 tahun lalu:

You may be interested in: