'Comeback' Faizal Tahir Dan 5 Lagi Perkara Yang Layak Diberi Pujian Pada #AJL30
Kali ini dah tak banyak Qu Puteh.
1. Promosi Pamoga Qu Puteh dihadkan dan tidak melampau seperti tahun lepas
Tahun lepas, TV3 dikritik teruk kerana terlalu memaparkan Dato' Seri Vida serta produknya Pamoga Qu Puteh sehingga AJL29 dilabel sebagai rancangan 'syok sendiri'. Kali ini, slot yang diberikan kepada penaja utama itu adalah terhad dan tidak keterlaluan. Syabas TV3!
2. Drama Band memukau dengan lagu 'Biarkanlah'
Vokalis Drama Band, Epul memukau penonton dengan lontaran suara yang begitu mantap menerusi lagu 'Biarkanlah'. Sebagai sebuah kumpulan underdog, Drama Band ternyata menyerlah dan mendapat reaksi yang begitu positif daripada orang ramai. Apa kan daya juri tidak memilih mereka sebagai pemenang vokal terbaik.
3. Stacy beraksi untuk 7 tahun berturut-turut
Stacy membuat penampilan untuk 7 tahun berturut-turut dalam pentas akhir AJL. Tetapi, dalam tujuh tahun pembabitannya, Stacy tidak pernah memenangi apa-apa trofi dalam apa jua kategori. Walaupun begitu, Stacy tetap berikan yang terbaik setiap tahun melalui persembahannya yang sungguh bertenaga dan ada class.
4. Comeback Faizal Tahir begitu menjadi selepas 3 tahun menyepi
Setelah 3 tahun menyepi dari pentas akhir AJL, Faizal Tahir kembali dengan lagu 'Assalamualaikum'. Faizal Tahir mempertaruhkan lagu 'Karma' pada AJL26 yang melayakkan beliau mendapat tempat ketiga. Kali ini, taruhan lagu 'Assalamualaikum' menyaksikan Faizal Tahir mendapat tempat kedua. Sememangnya satu comeback yang amat bermakna.
5. AG & Fafau sangat selamba mengandalikan pentas AJL30
Tahun lepas, gandingan AG dan Scha Alyahya tampak tidak begitu serasi dan sedikit kekok. Tapi kali ini, AG dan Fara Fauzana berganding dengan cukup baik sekali dari mula sampai habis. Maklumlah, mereka berdua setiap hari berada dalam konti yang sama mengendalikan segmen HOT fm AM Krew. Terserlah chemistry dan persefahaman yang mantap.
6. Akim & The Majistret, daripada "lalok" ke juara!
Makin lama makin hebat! Karier muzik Akim Ahmad semakin mencanak naik sejak beradu tenaga bersama kumpulan The Majistret hampir setahun setengah. Pada 2014, Akim dikritik kerana didakwa "lalok" ketika mempersembahkan lagu 'Mewangi' dalam pentas separuh akhir AJL29. Namun, kritikan itu tidak mematahkan semangat Akim untuk bangkit sehingga dinobat sebagai juara dalam AJL30. Tahniah Akim & The Majistret!
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? **LIKE *Facebook SAYS SEISMIK serta *follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!