seismik

AirAsia Sedia Serap Masuk 6,000 Pekerja MAS Yang Diberhentikan

AirAsia bakal mengambil sebehagian pekerja MAS daripada kira-kira 6,000 yang diberhentikan.

Cover image via imgur.com

Ekoran Pengambil Alihan MAS Oleh Khazanah Nasional, Sebuah Pelan Induk Telah Dibentangkan Bertujuan Untuk Menyelamatkan Syarikat Penerbangan Itu

Khazanah Nasional, cabang pelaburan kerajaan, kini memiliki 69.3% saham syarikat penerangan negara itu dan mahu mengambil alih keseluruhan pemegangan dalam MAS susulan tawaran untuk membeli baki ekuiti 27% saham daripada pemegang saham minoriti.

themalaysianinsider.com

Berdasarkan Pelan Induk Tersebut, Sebanyak 6,000 Pekerja MAS Akan Diberhentikan Tidak Lama Lagi. Oleh Itu, AirAsia Telah Menyatakan Hasrat Mereka Untuk Menyerap Masuk Sebahagian Daripada Pekerja MAS Berkenaan.

Seramai 6,000 pekerja MAS akan diberhentikan.

Image via theborneopost.com

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, bersedia mengambil sebahagian pekerja Malaysia Airlines (MAS) susulan rancangan Khazanah Nasional Bhd memberhentikan kira-kira 6,000 petugas di bawah pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan nasional itu hujung bulan Ogos.

sinarharian.com.my

“Kami Tiada Masalah Mengambil Pekerja Terbabit Memandangkan Kami Sudah Berkembang Daripada 200 Pekerja Kepada 15,000 Pekerja," Ujar Ketua Pengarah Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya masih belum menentukan jumlah pekerja dan bidang yang bakal ditawarkan, namun akan cuba mengambil seramai mungkin daripada 6,000 pekerja terbabit.

hmetro.com.my

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Image via thehindubusinessline.com

“Kami tiada masalah mengambil pekerja terbabit memandangkan kami sudah berkembang daripada 200 pekerja kepada 15,000 dengan 50 peratus daripada kakitangan kami pernah bekerja dengan MAS."

hmetro.com.my

“Perpindahan pekerja daripada MAS ke AirAsia adalah perkara sihat berdasarkan perbezaan pilihan dalam kalangan mereka yang mahu bekerja dengan syarikat penerbangan tambang rendah dan terdapat juga pekerja AirAsia berpindah ke MAS,” kata Tony Fernandes.

hmetro.com.my

Dalam Pada Itu, Tony Menyambut Baik Langkah Penstrukturan Mas Itu Kerana Ia Sekali Gus Memberi Manfaat Kepada Mas, Airasia Dan Airasia X Untuk Memberi Fokus Kepada Pasaran Berbeza

Dalam perkembangan sama, beliau menyambut baik langkah penstrukturan MAS itu kerana ia memberi manfaat kepada ketiga-tiga syarikat penerbangan iaitu MAS, AirAsia dan AirAsia X untuk memberi fokus kepada pasaran berbeza iaitu premium dan tambang murah.

hmetro.com.my

AirAsia dan AirAsia X kini boleh memberi fokus kepada laluan penerbangan tambang murah manakala MAS bagi penerbangan premium.

Image via thestar.com.my

Menurutnya, sebelum ini terdapat banyak pertindihan antara syarikat penerbangan dalam hala tuju perniagaan masing-masing dan langkah penstrukturan itu akan menyumbang kepada keuntungan dan pertumbuhan bagi semua pihak terbabit.

hmetro.com.my

“Saya yakin langkah ini akan membawa manfaat kepada semua pihak untuk berkembang secara positif dengan menyediakan perkhidmatan mengikut kelas masing-masing,” katanya.

hmetro.com.my

JUGA DI SAYS: Always Wanted To Go Online When Flying? Now Everybody Can Surf...

You may be interested in: